Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan tuduhan blogger Umno, Papa Gomo kononnya beliau dan beberapa Adun Selangor mengarahkan pembatalan sita Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).
Menurut Khalid, Papa Gomo dalam blognya menyiarkan surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja tersebut baru-baru ini.
Ia kononnya mengandungi bukti campur tangan Khalid, Nik Nazmi, Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong dalam operasi sita tersebut.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan pemalsuan yang dilakukan Papa Gomo itu hanyalah untuk beri gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.
Beliau juga berkata, Papa Gomo jelas tidak melakukan persediaan sebelum melakukan penipuan apabila menyatakan lokasi GMDU terletak di Damansara Utama sedangkan lokasi sebenar rumah ibadat itu adalah di Seksyen 13, Petaling Jaya.
"Papa Gomo kata MBPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama tapi yang sebenarnya gereja itu di Seksyen 13 Pataling Jaya. Nampak sangat tak study betul-betul," katanya.
Sehubungan itu, beliau bersama-sama MBPJ membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya petang ini meminta satu siasatan dijalankan terhadap Papa Gomo.
1 comment:
uesday, August 16, 2011
Lebai Malang: Giliran Gereja Pula Menganjing Kurapkan PAS.
Sebelum ini kerap kali kita dapat lihat bagaimana DAP dan PKR memperbodoh-bodoh dan menganjing kurapkan PAS. Macam-macam cara mereka buat untuk menampakkan yang PAS itu bodoh, tidak boleh diharap dan tidak layak untuk membuat apa-apa keputusan.
Hari ini sampailah pula giliran gereja yang bermati-matian dipertahankan oleh Khalid Samad dan juak-juaknya membangang-bangangkan dan menganjing kurapkan Parti 'Isle' Semalaysia itu.
Punyalah besar hasrat PAS mahu mengadakan pertemuan dengan gereja berkeaan, akhirnya bila sampai waktu yang dijanjikan pihak DUMC dengan selamba membatalkannya.
Dulu JAIS pun menolak apabila PAS meminta untuk diadakan pertemuan. Cuma cara JAIS menolak permintaan PAS adalah dengan cara baik. Bukan macam cara yang dilakukan oleh DUMC...mula-mula setuju untuk bertemu, tapi sudahnya membatalkan disaat-saat akhir.
Kita semua boleh faham mengapa JAIS menolak untuk bertemu dengan PAS. Buat apa JAIS adakan pertemuan dengan PAS sedangkan PAS tanpa usul periksa telah menghentam mereka hanya kerana mereka menjalankan tugas untuk menyelamatkan akidah umat Islam yang bakal dimurtadkan?
Sedangkan PAS dalam pada masa yang sama bersungguh-sungguh mempertahankan pihak gereja terlibat. Seolah-olah pihak gereja berkenaan telah dianiaya dengan zalim oleh JAIS.
Sungguh malang nasib PAS. Tak ubah macam kisah "Lebai Malang" dalam kisah dongeng kanak-kanak yang pernah kita baca. Kehulu melepas...kehilir pun melepas. Sudahnya yang nampak bodoh adalah diri sendiri.
Tapi dalam keadaan diperbodoh dan dibangangkan oleh DAP, PKR dan gereja yang mereka pertahankan itu pun PAS masih tak sedar diri lagi.
Meraka tetap sanggup diperlakukan sedemikian sampai bila-bila asalkan mereka diberi sedikit kuasa politik. Itulah nilai PAS yang dibangga-banggakan oleh penyokong-penyokong totoknya.
Kasihannnn....
Share
Reactions:
Anda mungkin juga meminati:
Inilah Konsep Kebajikan Pakatan Haprak, Anjing Mendapat ...
21 DALIL PAS BUKAN PARTI ISLAM...
Panas! Benarkah Individu Beragama Islam Paling Ramai ...
LinkWithin
Posted by Horas! Hulu Langat at 6:51 PM
Post a Comment