16 August 2011

Macam ni rupanya kerja Umno ...

Bukan tiga individu diklon tapi beribu lagi- Suhaizan
(Oleh: Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR: Tuntutan lapan perkara yang dikemukakan Bersih 2.0 wajar dilaksanakan apabila banyak pendedahan berhubung kepincangan sistem pilihan raya selepas perhimpunan 9 Julai lalu didedahkan.

Bermula dengan isu pengundi berusia lebih 100 tahun, mereka yang memiliki taraf Penduduk tetap (PR) tetapi layak mengundi dan pelbagai kesilapan dalam daftar pemilih SPR, kini timbul isu pengundi bertindih atau pengundi klon.

Semalam, Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizat Kaiat mendedahkan identiti pengundi klon tersebut yang bukan sahaja memegang dua nombor pengenalan diri, tetapi juga memiliki dua nombor keahlian Umno.

Penemuan itu berdasarkan semakan di laman web SPR, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan data keahlian anggota Umno.

“Mustahil jika SPR tidak tahu perkara ini berlaku kerana bukan 10 hingga 20 nama, tetapi pihak kami mendapati beribu-ribu individu mempunyai nombor kad pengenalan sama cuma berbeza pada dua digit terakhir,” katanya.

Menurut Suhaizan, berdasarkan bukti berkenaan, besar kemungkinan sistem pemilihan dalam Umno juga dilaksanakan dalam suasana kotor.

“Jika terbukti Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad pernah mengundi dua kali dalam pemilihan peringkat cawangan maka mungkin banyak mesyuarat cawangan Umno menjadi tidak sah.

“Apabila tidak sah, maka pengerusi yang dipilih juga tidak sah,” kata beliau.

Suhaizan juga menambah, isu itu juga membuktikan sistem biometrik yang mahu dilaksanakan kerajaan tidak praktikal berdasarkan kelemahan tersebut.

“Sistem biometrik ini banyak masalah misalnya tidak semua tempat mempunyai internet yang baik, ia nya sistem yang tidak praktikal,” kata beliau - Keadilan Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive