KUALA LUMPUR: Tarikh akhir pendaftaran biometrik bagi pekerja atau pendatang asing tanpa izin di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) dilanjutkan dari Ahad ke 31 Ogos ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, Sabtu, langkah itu diambil selepas mengambil kira pihak majikan dan pendatang asing tanpa izin masih datang beramai-ramai ke kaunter pendaftaran.
Katanya, pelanjutan tarikh akhir itu juga dibuat selepas mempertimbangkan inisiatif beberapa agensi pendaftaran 6P berlesen yang memasuki kawasan pedalaman untuk mendaftarkan mereka yang enggan keluar dari kawasannya bagi urusan tersebut.
"Ia mengambil masa untuk memujuk golongan tersebut untuk mendaftarkan diri. Mereka hanya bekerjasama baru-baru ini.
"Oleh itu, sekiranya tarikh akhir tidak dilanjutkan, sebilangan besar mereka tidak dapat didaftarkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Ini akan menggagalkan matlamat usaha 6P," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.
Mahmood menggesa semua majikan dan pendatang asing tanpa izin merebut peluang itu kerana tarikh akhir pendaftaran tidak akan dilanjutkan lagi.
Selepas itu, katanya, program 6P akan memasuki fasa amnesti yang berikutnya dan ia dijangka bermula pada pertengahan September.
2 comments:
Cubalah semak, pemutihan PATI ni setiap tahun menjelang raya mereka buat. Maknanya, sempadan kita bocor, pihak marin, pihak kastam, ketua kampung, bahkan macam di Teluk Kerang, banyak orang kampung dah kaya sebab business orang. Hairannya, pendatang haram makin banyak, apa kerja dia orang ni? Tak jaga sempadan, jaga pantai, atau kutip hasil sendiri? Nampaknya inilah yang terjadi, keselamatan sempadan kita terancam, mungkin rasuah yang jadi punca. Sampai bila nak daftar PATI? Bukankah ini memalukan, nak lebaran je sibuk daftar PATI. Lepas lebaran, bocor lagi, taruh lagi...kata keselamatan negara canggih manggih, tapi isu PATI menggambarkan kebobrokan sistem yang diamalkan oleh petugas di negara kita. Kita patut malu sama PATI, sebab dari PATI kemudian ditambah "R" jadilah PARTI - disumbatlah ke mana-mana komponen mereka janji menang! Merdeka pun tak guna kalau sempadan bocor setiap detik...orang jual orang menjadi-jadi. Pendaftaran bukan percuma, duit lagi yang dikautnya...dengan duit PATI boleh naik sampan mudik ke hulu...apaan ini dong?
macam cerita p.ramlee dulu la,tapi ini real punya karangan najib altantuya diarahkan olih hisham raurau "jual orang lagi untung dari jual unta'....dah betul la tu dan ini lah kerja golongan bangsatwan malaysia....kesian makcik2 dan pakcik2 felda dan orang2 kg yang tak tau hujung pangkal...nasib,nasib...
Post a Comment