Shamsul merujuk kenyataan Zulkifeli yang menyifatkan tindakan empat bekas anggota tentera yang mendedahkan penglibatan mereka dalam undi pos semalam, sebagai satu pengkhianatan.
“Panglima Angkatan Tentera tidak perlu melatah, saya cabar dia apakah dia akan menafikan kaedah penyelewengan dalam undi pos ini tidak pernah berlaku di dalam kem-kem tentera.
“Kalau pendedahan ini dikatakan pengkhianatan, dia harus belajar lima rukun negara, antara asasnya iaitu keluhuran undang-undang dan kedaulatan perlembagaan. Dia harus berlapang dada dan beri ruang untuk mengakui kesilapan,” katanya kepada Keadilandaily.
Shamsul yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka menambah, pendedahan dilakukan anggota tentera itu dilakukan secara terang-terangan dan bukan berselindung.
Justeru itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof wajar menjawab isu mengenai penyelewengan undi pos yang didedahkan.
“Kita mahu pengerusi SPR menjawab, pendedahan ini sudah cukup kuat untuk memberitahu kepada kerajaan bahawa sudah sampai masanya sistem undi pos ini dihapuskan. Saya percaya rakyat di bawah marah dan tidak puas hati dengan penipuan yang dilakukan,” ujarnya.
Beliau dalam pada itu mengkritik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mewujudkan Jawatankuasa khas parlimen bagi menambahbaik sistem pilihan raya.
Menurut Shamsul, pengumuman Najib sekadar memuaskan hati pembangkang dan tidak mencerminkan kesungguhan sekiranya SPR masih dikongkong.
“Sebab itu kita mendesak supaya SPR diletakkan di bawah parlimen dan bukannya menjadi badan kerajaan yang akhirnya akur kepada perdana menteri selaku Ketua Eksekutif.
“Saya percaya jawatankuasa ini tidak boleh berbuat apa kecuali cadangan yang tidak boleh membantu dalam usaha untuk memastikan sesuatu yang lebih baik kepada sistem pilihan raya,” ujarnya.
Semalam, empat bekas tentera mengaku memangkah undi pos bagi pihak anggota lain semasa pilihan raya bermula pada tahun 1978 hingga 1999.
Mereka mengaku berbuat demikain di kem-kem tentera, di markas sempadan antara Malaysia-Thaland, Pengkalan TUDM di Pulau Pinang, Kem Terendak, Melaka dan Sandakan, Sabah dalam tempoh tersebut.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19139
1 comment:
Pihak pembangkang dah ketandusan isu nk disensasikan... segala tuduhan dikatakan berlaku pada tahun 70an dan 80an.
sekrang ni utk makluman semua, sistem pengundian undi pos utk tentera dijalankan dengan telus dan sisematik. bukan mcm tahun 70an dan 80an. zaman perang dgn komunis semuanya masih belum cukup teratur dan tak cukup tidur! Nuri nk keluar masuk hutan pon payah!
Kepada semua pihak, janganlah menabur fitnah sesuka hati. Sudah terang lagikan bersuluh. Tiada penipuan undi pos langsung. Setiap anggota diberi kebebasan untuk pangkah sapa saja yang disokong!
Aku bg satu analogi mudah. Pihak pembangkang ni mcm mekanik motor yang nk bercerita dah 'sekolahkan' orang pasal anatomi badan manusia.THEY KNOW NOTHING ABOUT MILITARY!
Kalau betol la nk perjuangkan kebajikan ATM, p masuk rekrut dulu. Rasa susah payah dulu. Bukan terus muncul nk jadi HERO MALAYA. padahal dulu satu habuk pon pembangkang ni xsebut ape2 pon pasal tentera.
P/s: Pihak pembangkang akan terus lupakan tentera lepas PRU13. Percayalah!
Klik link dibawa untuk tahu akan kebenaran:
www.askarsetia.blogspot.com
Post a Comment