by Farahanim Rahim
.
Menggandingkan pengacara berkaliber, Ally Iskandar dengan seorang yang kosong pengalaman dalam dunia pengacaraan, Rozita Che Wan @ Cik Ta sebagai hos ASK’11, itu kelainan dan pembaharuan yang cuba ditampilkan pihak TV3. Dan pada malam Jumaat lepas, jutaan penonton menyaksikan pelakon jelita lagi sensasi ni menyahut cabaran itu. Sekaligus persoalan mampukah Cik Ta?, sudah terjawab. Malah seperti yang dijangka, Cik Ta dihambat pelbagai komen. Kontrol ayu. Ikut skrip lah. Ok-ok jer... Ally yang banyak back-up dia. Cik Ta berani. Itu antara kritikan juga pujian yang dilemparkan padanya. Bagi korang pulak, amacam?
Cukup berani. Itu kata pertama yang boleh digambarkan tentang Rozita Che Wan. Sebab pengacara bukan sekadar punya pakej rupa cantik dan menarik perhatian, tetapi mesti pandai menghidupkan suasana agar menjadi meriah, pandai mengambil ruang supaya penonton tidak bosan, mengantuk dan yang penting terus menonton sehingga akhir. Itulah yang dicari!
Meskipun hasilnya secara jujur penulis berpendapat, Cik Ta bukan mengacara tetapi melakonkan watak sebagai pengacara. Tapi apapun, setidak-tidaknya dia sudah sedaya gigih membuktikan kemampuannya. Cuma barangkali masa yang diperuntukkan untuk dia menuntut ilmu mengacara daripada Ally Iskandar, terlalu singkat. Itu yang menjadikan Cik Ta dilihat kurang bersedia dalam mengendalikan majlis sebesar ini.
Sepanjang majlis, kalau kat sebelahnya ada Ally, Cik Ta nampak selesa dalam memastikan momentum kemeriahan majlis berpanjangan. Sebab, boleh jer dia melawak sekali dua. Namun dek terlalu mengikut tutur kata skrip, menjadikan performance solo-nya hambar. Hinggakan kesilapan kecil, dia tersasul (nak sebut kacak jadi cakak) jelas ketara lantas menjadi bualan penonton.
Bagi Ally, peluang bekerjasama dengan Cik Ta disifat sebagai satu perhormatan. Katanya, seorang pelakon takkan boleh jadi hos yang bagus dalam satu malam. Kerana itu juga dari awal-awal lagi dia tidak meletak harapan yang tinggi untuk melihat Cik Ta melakukan yang terbaik. Bagaimanapun dia sedaya mampu menjalinkan chemistry di antara mereka, sekaligus menjadikan pasangannya itu nampak bagus.
Secara keseluruhan, ASK’11 masih terasa impaknya dengan adanya selitan persembahan yang menghiburkan. Berbalik cerita Cik Ta, tidak salah kalau hendak memberi peluang kepada orang baru, cuma lain kali pastikan individu yang dipilih itu betul-betul punya cukup persediaan dan rasanya eloklah dimulakan dengan majlis yang kecil dulu kerana pengalaman itu yang akan meletakkan tahap kredibiliti seseorang. Kepada Cik Ta, satu pemulaan yang baik dan jangan berputus asa! - malaysiandigest
2 comments:
dia ni ada kelulusan ilmiah ke..?
cukup ke.. tahap pengajiannya..?
atau hanya bermodalkan rupa wajah sahaja..?
mcm ni kaluu...
habis laa.. para graduan yg masih menggangur dan menunggu pekerjaan..
habis semua di sapu dek para artist yg cuma ada rupa & yg ada kenalan.. !!
graduan produk terkini belum pasti mampu mengendalikannya dengan terbaik. Yang penting ialah komitmen dan tempoh persediaan yang mencukupi. Tapi kalau dah jadi manusia perasan lebih macam dia ni ..inilah hasilnya.
Post a Comment