Dalam melukis kartun, saya punya prinsip tidak akan mengkritik ajaran asas sesuatu agama. Begitu juga dalam isu-isu yang menyentuh ajaran Islam. Saya tidak mengkritik Islam, tetapi saya berhak mengkritik orang-orang Islam - malah itu digalakkan dalam Islam.
Bila melukis isu haji, yang saya kritik bukan ibadat tersebut, tetapi manusia-manusia hipokrit yang berselindung di sebalik ibadah demi kepentingan diri.
Kepada yang berkata kita tidak boleh menghukum orang atau biarkan Tuhan tentukan, siapalah kita untuk menentukan ibadat orang lain, jawapan saya: "Kita hidup untuk apa, kalau perkara sebegitu mudah pun kita gagal membuat keputusan dan semuanya diserah kepada Tuhan?"
Kalau pencuri dihukum, kenapa pemimpin hipokrit kita takut menghukum?
Bukankah garis panduan telah dinyatakan dengan jelas dalam Quran bahawa sesiapa yang menunaikan haji, bukan saja menjalankan ibadat, tetapi juga harus secara terbuka mengaku dan meninggalkan semua perlakuan jahat. Ini termasuk kezaliman, hipokrasi, rasuah dan seumpamanya.
Jadi inilah kartun-kartun saya. Anda berhak komen, tetapi haruslah dengan hujah rasional - Seterusnya
1 comment:
Kebanyakan puak umno bn mereka ini semua yang tahu songlap duit kerajaan dan rasuah sebab itu le para peminpin melayu tu hati mereka dah mati dan tak bercahaya lagi.
Post a Comment