Showing posts with label haji. Show all posts
Showing posts with label haji. Show all posts

12 September 2014

Aamir Khan persoal Shahrukh Khan mengenai Ibadah Haji?



Aamir Khan persoal Shahrukh Khan mengenai Ibadah Haji?
Shahrukh Khan (kiri) dan Aamir Khan (kanan) - Foto Astro Gempak
KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, Aktor Shahrukh Khan mengejutkan ramai pihak apabila secara terbuka mengakui berhasrat ingin menunaikan ibadah Haji.

Semuanya bermula selepas melihat rakan artisnya, Aamir Khan yang menemani ibunya iaitu Zeenat Hussain untuk mengerjakan rukun Islam yang kelima itu dua tahun lalu.

Sebelum ini Aamir sendiri pernah mempersoalkan sebab utama mengapa Shahrukh Khan masih belum pernah menjejakkan kaki ke kota suci Mekah untuk ibadah Umrah atau Haji.

08 September 2014

Polis tahan 'Haji' liwat OKU

ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki berstatus haji bagi membantu siasatan kes liwat terhadap seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di sebuah masjid di Tunjang, dekat Jitra Khamis lepas.
Polis menahan suspek yang berusia 50-an itu di rumahnya di Jitra selepas mangsa berkenaan yang cacat penglihatan berusia 46 tahun membuat laporan di Balai Polis Jitra kira-kira pukul 12.40 tengah hari semalam.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa telah dijemput oleh suspek di rumahnya dengan sebuah motosikal untuk ke masjid.

29 October 2013

ARTIS : Mizz Nina berhijab selepas bergelar Hajah

Wajah terbaharu Mizz Nina yang dimuatkan dalam Intagram suaminya, Noh.
PETALING JAYA: Penyanyi Mizz Nina mengesahkan yang dia kini sudah pun berhijab selepas pulang daripada menunaikan Haji di Mekah pada Jumaat lalu bersama suaminya vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 29.
Pengurus penyanyi wanita itu, Joe Saiful, berkata, Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 33, bagaimanapun memberitahu dia masih belum bersedia untuk bertemu atau menjawab sebarang persoalan media mengenai perubahan imejnya itu.
"Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu.
"Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.
Dipetik dari Instagram Miz Nina.
Tambah Joe, Nina memerlukan sedikit masa untuk tampil kepada media serta khalayak dengan imej yang bersesuaian.
"Nina seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan apabila sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian sebelum tampil di khalayak.
"Dalam pada itu, banyak juga perubahan yang harus dilakukan dalam karier muziknya. Sebab itu dia perlukan masa. Diharap semua pihak dapat memahami situasinya," tutur Joe.
Miz Nina juga merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Malaysia, Tan Sri Azman Hashim,

10 October 2012

[Artis Indon] Rossa Berhijab akan ke Mekah 12 Okt nanti


Penyanyi Indonesia, Rossa, yang terkenal di negara ini, akan menunaikan ibadah haji dalam waktu terdekat. Dalam satu majlis membaca Quran di Jakarta Selatan beberapa hari lepas, Rossa dilihat telah mengenakan hijab.
Photobucket

17 November 2011

Haji Terpantas di Dunia - Zunar

Dalam melukis kartun, saya punya prinsip tidak akan mengkritik ajaran asas sesuatu agama. Begitu juga dalam isu-isu yang menyentuh ajaran Islam. Saya tidak mengkritik Islam, tetapi saya berhak mengkritik orang-orang Islam - malah itu digalakkan dalam Islam.

Bila melukis isu haji, yang saya kritik bukan ibadat tersebut, tetapi manusia-manusia hipokrit yang berselindung di sebalik ibadah demi kepentingan diri.

Kepada yang berkata kita tidak boleh menghukum orang atau biarkan Tuhan tentukan, siapalah kita untuk menentukan ibadat orang lain, jawapan saya: "Kita hidup untuk apa, kalau perkara sebegitu mudah pun kita gagal membuat keputusan dan semuanya diserah kepada Tuhan?"

Kalau pencuri dihukum, kenapa pemimpin hipokrit kita takut menghukum?

Bukankah garis panduan telah dinyatakan dengan jelas dalam Quran bahawa sesiapa yang menunaikan haji, bukan saja menjalankan ibadat, tetapi juga harus secara terbuka mengaku dan meninggalkan semua perlakuan jahat. Ini termasuk kezaliman, hipokrasi, rasuah dan seumpamanya.

Jadi inilah kartun-kartun saya. Anda berhak komen, tetapi haruslah dengan hujah rasional - Seterusnya

08 November 2011

Najib Ro$mah tak selesaikan ibadah Haji

KUALA LUMPUR 8 Nov: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya melahirkan rasa terkejut bahawa perdana menteri, isterinya dan beberapa kenamaan lain selesai menyempurnakan ibadah haji.

Malaysiakini melaporkan Dr Juanda sebagai berkata, paling awal jemaah haji menamatkan ibadat mereka pada waktu Zohor hari ini, itupun sekiranya melakukan nafar awal iaitu selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: “Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai.”

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22678

19 October 2010

Haji... nak masuk Syurga pun kena ada kuota? tanya MP BN

Haji: Mengapa masuk syurgapun kena ada kuota, soal MP BN
KUALA LUMPUR, 19 Okt – Seorang Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) mendesak pengurusan Lembaga Tabung Haji mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ia menimbulkan banyak masalah, selain terlalu berorientasikan perniagaan.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan isu itu berkata, sistem kuota berkenaan telah menyebabkan ketidakadilan berlaku apabila ada pencarum mendakwa tidak diberi peluang sama rata untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.

"Jadi orang Sabah kata, ini BN mahu masuk syurgapun ada kuota... dalam Islam kita tahu antara syaratnya (masuk syurga) ialah naik haji... jadi bila mereka tidak boleh naik haji kerana dikawal oleh kerajaan, siapa yang mahu tanggung dosa?

"Dalam televisyen kita nampak ramai rakyat diberi peluang untuk bersuara mengatakan mereka sudah empat, lima, enam kali naik haji...mereka ini tak pakai kuotakah?" katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya Tabung Haji mengamalkan sistem tidak akan menawarkan peluang sama kepada individu yang telah mengerjakan haji di bawah Tabung Haji dalam tempoh lima tahun, bagi membolehkan kuota itu diberikan kepada mereka yang tidak pernah menerima tawaran tersebut.

Abdul Ghapur juga mempersoalkan bagaimana kuota 35,000 jemaah haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia ditentukan.

"Ke mana kuota 35,000 jemaah itu diberikan kerana apabila kita minta kuota, Tabung Haji kata sudah tidak ada kuota...tahun ini, seluruh Sabah hanya mendapat 1,000 kuota...sedangkan kalau bagi 2,000 kuota bagi 13 negeripun, baru 26,000," katanya.

Beliau turut bersetuju dengan pandangan Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) yang mencelah bahawa Tabung Haji kini sudah "lari" daripada asas matlamatnya iaitu memberi kemudahan kepada jemaah haji menunaikan ibadah kepada perniagaan.

"Tabung Haji ini berfikiran untuk berniaga, ada pakej Zamrud dan macam-macam pakej kerana mahu berniaga. Ada juga pakej am di mana VVIP, kawan-kawan, anak saudara pergi naik haji... bayar RM10,000 semua kelas pertama... ini mana boleh.

"Sedangkan orang miskin hendak kumpul RM10,000 pun kais pagi, makan pagi... kenapa, Tabung Haji untuk orang kaya sahajakah? Rakyat menabung untuk naik haji, bukan mahu pakej yang mahal-mahal," kata Abdul Ghapur.

Sehubungan itu, beliau mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan supaya perkara seumpamanya dihentikan, selain memastikan setiap negeri diberi kuota yang sepatutnya agar Tabung Haji tidak dilihat sebagai berniaga dalam mendapatkan kuota haji.

Selain itu, Abdul Ghapur turut mempersoalkan mengenai peruntukan pembangunan untuk Sabah yang didakwa "tidak nampak di mana jatuhnya".

Katanya, secara dasar Sabah mempunyai kira-kira RM12.5 bilion peruntukan pembangunan yang terdiri daripada RM2.5 bilion menerusi Bajet 2011, RM6 bilion diumumkan Perdana Menteri ketika melawat Sandakan pada 16 September lepas, dan RM4 bilion lagi melalui peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan yang tidak dibelanjakan.

"Jadi, rakyat Sabah minta saya tanya dalam Dewan Rakyat, mereka mahu tahu sebab Sabah ini dianggap ''deposit tetap'' untuk BN...mereka mahu tahu ke mana kewangan ini disalurkan, sama ada kepada kerajaan negeri, atau masih dipegang oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri," katanya. – Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive