13 December 2011

Hasil kajian : 70% - 80% rakyat Kelantan menyokong TGNA

"Saya menulis dalam twitter kalau BN menang, Mustapa adalah (calon Menteri Besar) yang terbaik. Tapi itu bukan bererti saya mahu BN menang," kata presiden Zaid Ibrahim.


SHAH ALAM: Presiden Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim menafikan bahawa beliau menyokong Barisan Nasional (BN) menang di negeri Kelantan.

Sebaliknya beliau hanya menyifatkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah calon terbaik BN untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.

“Saya menulis dalam twitter kalau BN menang, Mustapa adalah yang terbaik. Tapi itu bukan bererti saya mahu BN menang. Saya kata kalau BN menang. Lagipun BN adalah pembangkang di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel Wacana Sinar bertajuk: PRU-13 Undi Siapa Jadi Penentu di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Hadir menjadi panel termasuklah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah,

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Pensyarah Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.

Ketika diminta mengulas mengenai hasrat Kita untuk menyertai Pakatan, beliau berkata parti itu belum bersedia untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Sementara itu, menurut Abu Hassan berdasarkan data kajian yang dilakukan mendapati 70 hingga 80 peratus rakyat Kelantan masih menyokong Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Abu Hassan berkata, walaupun terdapat desakan parti Umno di negeri itu namun melalui persoalan akademik sokongan rakyat Kelantan ke atas Nik Aziz masih tinggi berbanding Datuk Husam Musa dan Mustapa.

“Asas kepercayaan politik berdasarkan data menunjukkan 70 hingga 80 peratus rakyat Kelantan menyokong Nik Aziz secara individu sebagai ahli politik dan Menteri Besar.

‘Tapi sokongan ke atas Tuan Guru terlalu tinggi berbanding Husam dan Mustapa,” katanya ketika ditanya mengenai desakan Umno agar Nik Aziz tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang - FMT

1 comment:

Anonymous said...

ya lah tu..........banyaknya kajian la ni semuanya PKR menang? apasal lak?alamak dah panik la ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive