31 December 2011

Juara Maharaja Lawak Mega : Os akan terus bawa teksi

Abang Nara benar-benar tak tahu yang Os selama ini bekerja sebagai pemandu teksi. Dan apabila ditanya apakah yang akan dilakukan selepas bergelar juara Maharaja Lawak Mega, Os menjawap:-

Macam biasa saya akan terus membawa teksi saya. Cuma dengan duit kemenangan itu, saya bercadang mahu menambahbaik teksi saya itu supaya ia lebih solid demi memberi keselesaan kepada para penumpang saya kelak. Pemandu teksi adalah kerjaya saya sekarang ini. Malah, saya akan terus menggunakan teksi saya itu kerana keadaannya masih elok. Apatah lagi, permit teksi saya itu pula hanya akan mati pada tahun 2015. Selain itu, saya akan menggunakan duit kemenangan ini bagi menyara anak-anak saya yang ramai dan masih kecil.

Abang Nara suka benar dengan kata-kata daripada Os. Nampak rendah diri dan tak berlagak. Semoga selepas ini makin ramai yang akan naik teksi Os. Dan Abang Nara pun berharap agar otai-otai seperti Os dan Abon ini diberi lebih banyak peluang untuk muncul di kaca TV kerana lawak mereka masih padu. - Beautiful Nara

1 comment:

tinta tajam said...

SYABAS OS DAN ABON ..... SEMOGA TERUS SUKSES DAN YANG PENTING INGAT ALLAH.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive