25 January 2012

Najib gagal menunaikan apa yang dikhutbahkannya

KUALA LUMPUR, 25 JAN: Datuk Seri Najib Razak masih belum cukup sederhana untuk memperkenalkan Gerakan Kesederhanaan Global. Buktinya, para pemimpin UMNO dan lidah rasminya Utusan Malaysia sangat bersifat ultra kaum kerana mengajak Melayu membenci kaum lain.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata lakonan Perdana Menteri untuk menonjolkan diri di mata dunia gagal sama sekali kerana sikap perkauman kebanyakan pemimpin UMNO serta Perkasa pun tidak dapat dibendungnya.

Katanya Najib gagal menunaikan apa yang dikhutbahkannya apabila beliau membenarkan perkauman tebal dan ektremisme agama mekar di bawah sokongan UMNO dan pencacainya Perkasa.

“Najib sebagai Perdana Menteri negara ini…mengangkat diri sebagai ‘suara kesederhanaan’ gagal mengajar Perkasa…ahli-ahli UMNO yang terlibat mahu pun lidah rasmi parti Utusan Malaysia kerana menggalakkan kebencian kaum dan sikap tidak bertoleransi antara agama.

“Sebaliknya, Najib telah lebih daripada sekali membuat pusingan-U bagi menenangkan Ibrahim Ali, supremo Perkasa itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata demikian mengulas kenyataan Najib dalam kata pengantar buku untuk Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global minggu lalu.

Dalam kata pengantarnya Najib dipetik sebagai berkata: “…masanya sudah tiba buat semua golongan sederhana dari semua negara, semua agama untuk mengambil alih peranan, untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme serta meminggirkan golongan pelampau.”

Justeru Pua yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat DAP menempelak kenyataan Najib itu sebagai ‘lembik’ dan caca merba dalam melawan sifat ekstremisme.

Walau pun Najib gagal melaksanakan apa yang dicita-citakannya, Pua menyokong kenyataan Najib menentang ekstermisme.

“Ia adalah apa pegangan DAP yang diperkenalkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada konvensyen parti 2010 yang digelar sebagai Jalan Tengah Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, Guan Eng telah menerangkan bahawa “melalui Jalan Tengah Malaysia, DAP lebih sukakan kerjasama bukannya konflik; konsultasi berbanding konfrantasi; dan sebuah masyarakat bersama yang inklusif iaitu merangkumi semua, bukannya ekslusif.”

Menurutnya, walau sekuat mana usaha Najib untuk membentuk sifat kesederhanaan di Malaysia, beliau seharusnya memperbetulkan dahulu permasalahan dan kacau bilau yang dibuat ‘anak didik’ beliau dalam UMNO. – Roketkini.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive