11 February 2012

Ariel Peterpan (yang sedang menjalani hukuman penjara) Dibenar Bekerja Di Luar Penjara

JAKARTA: Penyanyi popular Ariel Peterpan, yang sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan berkaitan kes video pornografi, telah dibenarkan bekerja di luar penjara menjelang pembebasannya pada Julai nanti.

Beliau kini bekerja di sebuah syarikat senibina di Bandung, dalam program asimilasi iaitu program bimbingan sebelum bebas daripada tahanan.

Vokalis kumpulan Peterpan, yang nama sebenarnya Nazril Ilham itu, dilaporkan memulakan program itu sejak 16 Januari lepas.

Aktiviti beliau dikawal oleh petugas Penjara Kebon Waru Bandung, tempat beliau ditahan dan sepanjang melalui program itu, Ariel dilarang mengadakan pertunjukan, bermain muzik atau diwawancara oleh media.

Ariel hanya dibenarkan pulang semula ke Penjara Kebun Waru Bandung selepas selesai kerja, sepanjang program itu.

Ariel dihukum penjara tiga tahun enam bulan dan denda Rp250 juta atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Daerah Bandung setelah didapati bersalah dalam kes video pornografi dan telah menjalani hukuman di Penjara Kebon Waru Bandung sejak bulan Jun 2010. -BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive