22 February 2012

Isu Bayan Mutiara : Guan Eng minta Zainal Abidin, Abdul Rahman undur

GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng meminta Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan supaya bersara dari arena politik berikutan pertikaian terhadap isu tanah di Bayan Mutiara.


Guan Eng berkata, desakan itu adalah kerana Kerajaan Negeri telah membuktikan bahawa tiada sebarang keraguan berhubung penjualan tanah seluas 41.4 hektar di Bayan Mutiara dilakukan secara tender terbuka.



“Penjualan tanah itu telah dilakukan melalui Request For Proposal (RFP) yang mengandungi tender terbuka yang berdaya saing serta ia dipaparkan dengan jelas di laman-laman web dan suratkhabar.



“Selain itu, ia juga diperhatikan oleh juruukur bertauliah dan penilai berdaftar bebas dan terkemuka iaitu Raine & Horne International semasa sesi taklimat yang telah diadakan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura.



“Apabila tender dipanggil pada tahun 2010, seramai 37 pihak telah membeli dokumen-dokumen tender pada harga RM3,000 setiap satu. Namun demikian, apabila tender ditutup pada 31 Disember 2010, hanya 4 tawaran tender telah diterima, iaitu daripada Chia Tai Xing Ye Industrial Development Ltd, Ivory Properties Group Berhad dan SP Setia Berhad,” katanya kepada media, semalam.



“Ivory Properties dipilih berikutan tawarannya yang paling tinggi iaitu RM240 sekaki persegi atau jumlah besar RM1.1 bilion.



“Kerajaan Negeri juga membuat permintaan lanjutan supaya Ivory mengurangkan tempoh bayaran daripada 8 tahun kepada 5 tahun dan ini dipersetujui. Inilah yang menyebabkan Ivory dipilih,” katanya.



Guan Eng berkata, bukti itu turut disusuli dengan pengakuan dari pihak Ivory Properties sendiri bahawa mereka dipilih berdasarkan tender terbuka dan deposit RM20 juta juga sudah dibuat.



Terdahulu, Pengerusi Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menggesa Guan Eng mengotakan janji untuk berundur dari arena politik selepas Umno berjaya membuktikan penjualan tanah di Bayan Mutiara seluas 41.4 hektar tidak dibuat secara tender terbuka kepada sebuah syarikat swasta dengan harga RM1.1 bilion.



Zainal Abidin berkata, pihaknya ada beberapa bukti berkenaan tanah tebus guna yang dijual secara rundingan itu antaranya surat permohonan sebuah syarikat swasta kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan.

1 comment:

batu pelangi said...

Pemimpin puakx ini mana ada maruah
dan karisma sebagai seorang pemimpin.
Inilah hasilnya bila meletak calon
tahap LEMBU.Menyamun untuk anakcucu
dan kroni,membodek untuk mengekalkan
jawatan.Dari ketua cawangan,ketua
cabang sehingga kepihak atasan semuanya mengaut kekayaan.Dan yang
bodohnya ahlix sendiri yang rela diri
diperLEMBUkan dulu kini dan selamanya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive