22 February 2012

Noh Omar pantau NFC macam bank dijaga penyamun ...

(Oleh: Masdar Wahid)

SHAH ALAM 22 Feb: Tindakan Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Datuk Seri Noh Omar memantau skandal National Feedlot Corporation (NFC), ibarat ‘memberi tugasan menjaga bank kepada penyamun’, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Suhaimi Shafie.

Suhaimi berkata demikian dalam satu cabaran debat yang dikemukakan kepada Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani itu.

Ia berikutan kenyataan Noh Omar pada 16 Febuari lalu yang mengajak rakyat Selangor mengadakan perbicaraan terbuka berhubung dakwaan membabitkan isu pasir di Selangor.


“Apakah Noh Omar sudah menyiapkan kertas laporan untuk dibawa ke ‘mahkamah rakyat’ yang diarah Perdana Menteri agar memantau skandal Lembu Fidlot NFC, memandangkan beliau merupakan Menteri Pertanian dan Asas Tani?,” Soal Suhaimi

“Arahan memantau oleh PM kepada Noh saya lihat seperti ‘memberi tugasan menjaga bank kepada penyamun,” kata Suhaimi dalam satu kenyataan.

Perdana menteri pada 14 Januari lalu memberikan arahan kepada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Noh Omar supaya memantau projek berkenaan, selepas semua asetnya dibekukan.

Dalam perkembangan terbaru, kata Suhaimi, Noh terkial-kial dan menjawab tidak tahu ketika diajukan soalan oleh wartawan mengenai NFC, sedangkan beliau merupakan menteri bertanggungjawab.

“Apakah itu jawapan seorang menteri yang ditugaskan oleh Perdana Menteri untuk memantau kegagalan projek Lembu Fidlot NFC,” soalnya.

Justeru itu, beliau menasihatkan Noh agar memfokuskan tugasnya dalam memantau NFC dari mempolitikkan isu pasir di Selangor yang tiada kaitan dengan menteri pertanian itu.

“Inilah penyakit sebenar Noh Omar , selalu ingin menyibuk dalam urusan yang sebenarnya bukan di bawah tugasannya sedangkan apa yang dipertanggungjawabkan kepada beliau dijawab ‘tak tahu’,” tegasnya.

NFC dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hanya diketahui selepas Noh mengesahkannya di Parlimen pada 31 Oktober tahun lalu, selepas diasak media.

NFC yang mendapat pinjaman mudah RM250 juta didakwa menyalahguna dana itu termasuk membeli lima kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura, Kereta mewah, dua lot Tanah di Putrajaya dan pelbagai lagi transaksi meragukan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26939

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive