02 March 2012

Mahathir perlu disiasat ... Jangan buat helah la

Helah Dr M mula lagi : Tun inilah yang perlu disiasat

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad cuba membuat "helah biasanya", dengan mengalihkan tumpuan supaya dia tidak perlu diaudit oleh kerajaan terutamanya bagi kes RM100 bilion wang pembayar cukai yang lesap akibat salah tadbir urus kewangan yang dicatatkan semasa pemerintahan beliau selama 22 tahun dari 1981 hingga 2002.

"Ia adalah lebih baik jika kerajaan menyiasat semua Tun yang terlibat tetapi jika mereka perlu memilih, maka jelas Mahathir adalah calon yang tepat untuk disiasat," naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Beliau berkata demikian bagi menjawab komen yang dibuat oleh Mahathir, yang telah dituduh mengamalkan rasuah secara besar-besaran semasa berkuasa. ini bagi menjawab gesaan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang mahu audit dijalankan.


"Tetapi semua Tun mesti diaudit. Anak-anak dan cucu-cicit mereka juga perlu diaudit," kata Mahathir kepada pemberita yang jelas membuat rujukan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, PM selepasnya.

Daim dan Pak Lah juga termasuk



Kit Siang telah merujuk kepada skandal Tajudin Ramli-MAS, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengarahkan semua agensi kerajaan untuk menyelesaikan tindakan undang-undang mereka terhadap hartawan kontroversi yang telah dipersalahkan kerana menyebabkan kerugian sebanyak RM8 billion kepada syarikat penerbangan MAS.

Selain dari Abdullah, keluarganya juga dituduh kerana terlibat dalam skandal perkhidmatan catering MAS. Tajudin agak rapat dengan Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan yang berhenti pada tahun 2001 selepas pertelingkahan dengan Mahathir akibat peristiwa beberapa orang jutawan Melayu yang telah dibiarkan terumbang-ambing apabila Mahathir cuba menyalahkan mereka.

Dalam afidavit mahkamahnya dia memberitahu pentadbiran Najib telah mengajak untuk berdamai, Tajudin menyatakan dirinya adalah "proksi" semata-mata yang bertindak atas arahan Mahathir.

"Saya telah berkata pada hari Sabtu bahawa masanya telah tiba untuk mengkaji semula kerugian RM100 bilion yang dialami oleh negara semasa pemerintahan Mahathir selama 22 tahun. Lebih-lebih lagi jika generasi rakyat Malaysia sekarang yang terpaksa membayar untuk itu, “dosa-dosa Mahathir, Perdana Menteri yang lalu," tulis Kit Siang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu.

"Ini timbul selepas terpaksa membelanjakan RM580 juta untuk penyelesaian antara Danaharta dan Tajudin Ramli diluar mahkamah pada 14 Februari. Terma yang kekal sulit antara kedua-dua pihak ini melibatkan semua tindakan berkaitan dengan keputusan penghakiman mahkamah sebanyak RM589.14 juta dimana Tajudin telah diarahkan untuk membayar kepada Danaharta pada tahun 2009, akan digugurkan jika Tajudin bersetuju untuk menarik balik tuntutan sepenuhnya RM13.46 bilion, yang melibatkan 27 rayuan, 11 daripadanya terhadap Danaharta. "

Tiada jalan keluar, tegas Tajudin



Kes Tajudin berdasarkan kepada afidavitnya menerangkan bahawa dia telah diarahkan oleh Mahathir dan Daim pada tahun 1994 untuk membeli kepentingan dalam MAS untuk menyelamatkan kerajaan yang juga merupakan "khidmat kepada negara" demi menyelamatkan Bank Negara selepas bank pusat itu mengalami kerugian besar-besaran akibat spekulasi pertukaran mata wang asing berserta "Overriding Agreement" untuk melindunginya daripada sebarang kerugian.

"Nampaknya Tun Mahathir merujuk kepada orang yang perlu disiasat adalah penggantinya, Tun Abdullah. Mahathir juga mahu dia diaudit penuh atas kerugian kewangan yang berlaku semasa pemerintahannya selama lima tahun, "tambah Kit Siang.

Badawi mengambil alih pemerintahan daripada Mahathir pada tahun 2003 dan telah dipersalahkan dengan pelbagai kejadian yang membelenggu Barisan Nasional semenjak itu termasuk pilihan raya umum 2008, di mana tanpa disangka-sangka, 5 buah negeri dan Wilayah Persekutuan telah jatuh pada Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Malaysia Chronicle

1 comment:

Anonymous said...

Kenapa ada pihak tertentu rasuah , menentang keinginan rakyat atas nama agama dan bangsa ? Kenapa pihak PDRM sudah tidak menjalankan tugas yang diamanah oleh rakyat ? Apa itu Polis ? Saya betul - betul tidak dapat jawab sekarang ...... Kecewa ......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive