WARTAWAN SINAR HARIAN
4 Jun 2012
JOHOR BAHRU – Kira-kira 500 penduduk menyertai perarakan aman sejauh dua kilometer bermula dari Jalan Ngee Heng, di sini menuju ke Balai Polis Sentral bagi membantah kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, semalam.
Perarakan itu yang diketuai Gabungan Bertindak Rakyat Johor bagi mewakili 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar negeri ini mula berkumpul di hadapan Menara Landmark dari jam 1.45 petang dan berarak melalui Jalan Wong Ah Fok dan Jalan Siu Nam sebelum tiba ke Balai Polis Sentral pada jam 3 petang.
Perarakan berkenaan diadakan dalam keadaan terkawal sambil melaungkan perkataan ‘Daulat Tuanku’ dan mengibarkan bendera Negeri Johor selain ada yang membawa sepanduk mengutuk kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.
Memorandum bantahan diserahkan Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Khalid Mohamad kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh di hadapan Balai Polis Sentral.
Sebaik sahaja memorandum diserahkan, peserta perarakan turut menyanyikan lagu negeri Johor sebelum bersurai sebagai tanda menghormati institusi diraja dan taat setia kepada pemerintah.
Turut menyertai perarakan itu termasuklah Ketua Pemuda MIC Johor Bahru, B Pannir Selvam; Ketua Pemuda MCA Johor Bahru, Kua Son Tock dan Pengerusi Persatuan Kontraktor Kecil India Negeri Johor, Suppayah Sollaimuthu.
Sementara itu, Khalid berkata, penyerahan memorandum itu bertujuan menggesa pengadilan secepat mungkin diambil ke atas Mohammad Nizar kerana kenyataannya dianggap boleh mencetuskan benci terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.- sinar harian
7 comments:
ramai anggap apa yang berlaku ini hanya sebuah lelucon sahaja. kekadang aneh juga sikap melayu ni. cuba semak tajuk utama utusan melayu di zasman dr.m dulu, lagi dahsyat bunyinya...
BODOH !!!!!
kalau mcm tu haramkan juga kosmo di edarkan di negeri Johor kerana terang2 menghina sultan...ada bran...
nak demo pun kaji bagi habis dulu.bengong betoi la puak umeno ni.akai letak di tapak kaki kot.awat negeri johor tu hak hampa saja saja ka.tu bumi Allah yg punya la wahai puak umeno bengong oiii.
Setakat 500 yg membantah, apa mau heran, sekulumit aje...
haramkan mahadey dan pemimpin umno dari menjejak malaysia kerana mereka pinda perlembagaan dan kurangkan kuasa raja.
nizar setakat menyuarakan pandangan saja, negara tk rugi apa1.
Lembu2 tu patut tanya, siapa yg lucutkan kuasa dan kekebalan raja-raja? Jenis bodoh sombong!!!
Post a Comment