27 July 2012

Datuk Salleh Man dilantik Yang DiPertua MAIPP


GEORGE TOWN: Kerajaan negeri pada Jumaat mengumumkan pelantikan Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Mohd Salleh Man sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baru.
Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman berkata, kerajaan negeri menerima surat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 Julai lepas mengenai pelantikan Mohd Salleh itu.
"Pelantikan ini seperti yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong adalah bagi tempoh dua tahun iaitu daripada Januari 2012 sehingga 31 Disember 2013," katanya kepada pemberita di sini.
Kerajaan negeri pakatan pembangkang itu sebelum ini dikatakan melakukan kesilapan teknikal dengan menghantar nama seorang anggota Exconya Datuk Abdul Malik Abul Kassim sebagai Yang Dipertua (YDP) majlis itu.
Pelantikan Abdul Malik itu mendapat bantahan Dewan Pemuda Pas kerana mendakwa ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan jawatan itu untuk pemimpin Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir tiga tahun lepas.
Bagaimanapun, Salleh Man yang memenangi DUN berkenaan cuma dilantik sebagai Timbalan YDP MAIPP. - BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive