8/8/12 PERASAAN penulis dengan keputusan perlawanan akhir badminton Olimpik London semalam, sebetulnya bercampur baur. Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentulah penulis mahu Datuk Lee Chong Wei menang, tapi sebagai orang politik, pandangan penulis sedikit berbeza.
Sebetulnya ramai tidak sedar, kalau Chong Wei menang semalam, UMNO sebagai parti orang Melayu akan menerima tamparan paling hebat, malu.
Mana tidaknya, dari banyak kejayaan memajukan orang Melayu (dalam pelbagai bidang) yang UMNO dakwa mereka capai selama memerintah negara ini, kejayaan emas Olimpik pertama negara diraih oleh kaum cina!!
Malulah tu.
Ini fakta, bukan perkauman ya. Kita cakap dari segi pencapaian orang Melayu dalam bidang sukan dan siapa lagi yang sesuai dikaitkan kalau bukan UMNO – dah UMNO juga yang ke sana sini sibuk mendakwa mereka jaguh Melayu dan seumpamanya.
Walaupun dari segi sejarahnya Razif dan Jailani Sidek menjadi rakyat Malaysia pertama yang memperolehi pingat di Olimpik Barcelona 1992 dengan memperolehi pingat gangsa menerusi acara badminton, tapi ‘kejayaan’ itu bukanlah kejayaan yang sebenarnya.
Ini kerana badminton pada waktu itu baru pertama kali dipertandingkan di peringkat Olimpik dan penganjur memutuskan semua pemain yang layak ke peringkat separuh akhir, akan menerima pingat gangsa – tidak seperti format sekarang bila pemain perlu bermain untuk penentuan pingat gangsa.
Kejayaan Olimpik sebenar negara ialah pada Olimpik Atlanta 1996, bila gandingan Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock memperolehi pingat perak, kalah kepada gandingan Ricky dan Rexy Mainaki dari Indonesia.
Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock dari kaum mana? Begitu juga dengan beberapa pingat lain badminton yang diperolehi dalam Olimpik selepas itu, semuanya oleh orang cina, mana Melayu?
Apa yang penulis nak katakan, UMNO sebenarnya masih gagal meningkatkan mutu orang Melayu dalam pelbagai bidang, kalau tidak semua bidang. Masih banyak ruang-ruang kosong yang tidak terisi sepanjang 55 tahun UMNO dan BN memerintah dan sukan adalah salah satu darinya.
Malah kalau nak disebut disini, UMNO masih gagal meningkatkan mutu sukan orang Melayu di negara ini. Kalau ada yang menyerlah pun, hanya di sekitar peringkat serantau. Kalau tak Asia Tenggara, Asia (itupun jarang), dunia? Lambat lagilah kot.
Kejayaan yang sebenarnya sesuatu bangsa itu ialah apabila ia berjaya menguasai hampir kesemua bidang, bukan setakat mencipta beberapa kerat jutawan dari senarai panjang yang dikuasai kaum lain!!
Apa sekalipun, dengan kekalahan ini, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mungkin mahu memikirkan untuk menarik kembali darjah kebesaraan yang membawa gelaran Datuk kepada Chong Wei.
Dah tidak ada apa yang nak dibanggakan dengan Chong Wei sekarang, ranking dunia dah jatuh nombor 2, Olimpik dah 2 kali kalah.
Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=41285
1 comment:
UMNO JAGUH FITNAH ..JIKA MASUK BERTANDING PASTI JUARA.
Post a Comment