8/8/12 PERASAAN penulis dengan keputusan perlawanan akhir badminton Olimpik London semalam, sebetulnya bercampur baur. Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentulah penulis mahu Datuk Lee Chong Wei menang, tapi sebagai orang politik, pandangan penulis sedikit berbeza.Sebetulnya ramai tidak sedar, kalau Chong Wei menang semalam, UMNO sebagai parti orang Melayu akan menerima tamparan paling hebat, malu.
Mana tidaknya, dari banyak kejayaan memajukan orang Melayu (dalam pelbagai bidang) yang UMNO dakwa mereka capai selama memerintah negara ini, kejayaan emas Olimpik pertama negara diraih oleh kaum cina!!

