12 August 2012

Najib dan BN perlu bertaubat


Media cetak rasmi yang mesra kerajaan telah sedang memaparkan episode-episod kolum berkenaan ‘krisis air’ di Selangor untuk beberapa minggu. Para pembaca pasti sedar bahawa apa yang mereka lakukan ialah menunding jari kepada kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat untuk mencari orang yang boleh dipersalahkan.
PM dan rakan Barisannya, telah beberapa kali mengulangi dakwaan bahawa Menteri Besar Khalid Ibrahim telah gagal untuk menjaga kepentingan rakyat Selangor dan menuduhnya membiarkan krisis bekalan air berterusan.
Dalam dakwaan terbarunya,PM Najib Razak berkata, krisis air di Selangor boleh diselesaikan. Menurutnya lagi, “Kerajaan Persekutuan sebenarnya boleh menyelesaikan masalah air di Selangor, kami boleh.” Dia juga menambah, “kita mesti tunggu sehingga rakyat Selangor membuat keputusan untuk memilih kerajaan yang boleh melakukannya.”
Kenyataan Perdana Menteri ini menunjukkan betapa kotor dan kejinya cara BN hendak berpaut pada kuasa.
Walaupun BN sentiasa bermain kotor pada setiap pilihanraya semenjak 50 tahun yang lalu, taktik meraih undi ini tiada tandingannya. Belum pernah ada PM mahupun menteri kabinet lain dalam sejarah kita cuba mengugut rakyat untuk memilihnya dengan menyekat keperluan asas seperti air.
Dengan pilihanraya yang akan berlangsung tidak lama lagi, jelaslah tiada aspek kehidupan di dalam negara ini cuba dipolitikkan oleh Barisan.
Rakyat pula nampaknya tidak termakan dengan taktik murahan yang diolah dari kepentingan politik dan ekonomi yang sebenarnya ada kaitan dengan percubaan kerajaan negeri terdahulu untuk mendapatkan semula Selangor dengan menakut-nakutkan rakyat dengan menyatakan air di empangan sudah mula kering.
Masalah terbaru yang direka ini sebenarnya gagal kerana ramai diantara rakyat faham apa punca masalah yang menyebabkan krisis air di Selangor berlaku.
Masalah air Selangor di Selangor yang dicipta BN
Apabila Najib menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mungkin gagal menyelesaikan masalah di Selangor, dia lupa menyatakan bahawa masalah air di Selangor sebenarnya dimulakan oleh kerajaan Persekutuan itu sendiri.
Sebenarnya, konsesi persetujuan bagi Syabas telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2005. Sebelum itu, kerajaan Barisan Nasional telah menswastakan industri air kepada empat syarikat yang berbeza dari tahun 1996 yang menyebabkan pembaziran dan salah tadbir urus dengan Selangor mencatatkan kes-kes yang paling teruk.
Ia penting untuk kita tahu bahawa pada tahun 2009, kerajaan persekutuan memberi pinjaman mudah tanpa faedah dan jaminan sebanyak RM320.8 juta kepada Puncak Niaga, ibu syarikat Syabas untuk menyelesaikan hutang mereka. Dalam erti kata lain, satu jaminan mahal menggunakan dana awam.
Apa yang ditulis oleh yang lain
Orang ramai juga telah menulis untuk menyuarakan kebimbangan mereka namun, tiada satu pun yang disiarkan oleh media cetak. Pada bulan Disember 2010, kerajaan Selangor cuba menyampaikan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong berikutan masalah air Selangor, gaji CEO Syabas juga menjadi topic hangat yang didebatkan di laman twitter.
Antara komen terpanas diposkan adalah gaji Rozali Ismail dari SYABAS yang memperolehi RM425,000 sebulan, 19 kali lebih tinggi dari gaji PM, yang memperolehi RM22,826.65 sebulan.
“Jika ketuanan Melayu bermakna membayar CEO Syarikat berkaitan kerajaan RM425,000 sebulan, aku pun nak jugak!” kata seorang pengguna yang menamakan dirinya ‘anthraxx’.
Seorang ahli twitter yang memanggil dirinya 'fickryyaacob' berpendapat mungkin Rozali pernah membantu kempen UMNO pada masa lalu.
Adakah ini pembayaran bagi setiap seliter air yang masuk dalam UMNO? Adakah anda membiayai kempen pilihanraya UMNO? tanya beliau.
(http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/1877-twitter-fun-as-syabas-ceos-fat-salary-becomes-focus.html)
Baru-baru ini, Nat Tan telah menulis sebuah artikel yang menarik dalam Malaysiakini bagi menganalisa krisis ini. Saya setuju dengan kesimpulan yang dibuat olehnya bahawa isu air ini sebenarnya krisis yang wujud akibat rasuah.
(see http://www.malaysiakini.com/news/204258)
Dewa air marah pada Barisan
Beberapa minggu lalu, selepas pencatuan air dilihat sebagai satu jalan penyelesaian di Selangor akibat musim kemarau yang panjang, kepimpinan BN pasti telah bangga akan kejayaan mereka kerana merampas kembali Selangor kembali akan menjadi suatu realiti.
Ini kerana Barisan boleh menggunakan helah mereka ini dengan pertolongan Syabas untuk menukar dilema kekurangan air rakyat kepada kekecewaan terhadap Pakatan. Sudah pasti, ratusan gambar dan siaran tv berulangkali memfokuskan kepada imej rakyat yang terpaksa berbaris untuk mendapatkan air di Selangor. Impak negatif isu ini kepada Pakatan dan nilai propaganda ini kepada Barisan tiada tandingannya.
Malang bagi Barisan dan Syabas, dewa air tidak setuju pada mereka. Walaupun beberapa minggu yang lalu, kemungkinan kekurangan air di Selangor berlaku akibat kemarau yang berpanjangan ada, langit telah menurunkan hujan menjadikan sungai serta empangan air di Selangor tiba-tiba penuh.
Bertaubatlah sekarang
Sekarang, Dewa Air juga nampaknya telah berpaling dari mereka, nasihat saya pula senang sahaja: bertaubatlah dari cara keji dan korup anda. Sekali lagi, saya ingin mengulangi apa yang saya tulis berkaitan isu ini pada tahun lepas.
Jika ini adalah contoh Model Ekonomi Baru (MEB), maka, Tuhan selamatkan negara kami. Semua rakyat Malaysia, sama ada dari Selangor mahupun negeri lain mesti menuntut ketelusan dan akauntabiliti yang penuh mengenai isu ini.
Adalah satu tidakan yang paling bodoh apabila konsesi atau kontrak diberi tanpa mengadakan tender terbuka yang kompetitif. Amaran ini adalah untuk semua 131 projek yang sedang dibayangkan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) termasuk projek MRT yang sepatutnya mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi
.( http://english.cpiasia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2088:empty-promise-of-reform-in-sgor-water-service&catid=211:koon-yew-yin&Itemid=169)
Nota akhir
Sekarang apabila sungai dan empangan sekali lagi penuh, saya ramalkan Barisan akan mendendangkan lagu yang berbeza. Mungkin juga mereka akan mengisytiharkan diri mereka jaguh kerana berjaya mengakhiri krisis air di negeri ini.
Malaysia Chronicle

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive