Lawak busuk tentang Najib Razak semakin meluas. Lawak busuk ini adalah satu genre lawak dimana sambil ketawa sambil membusukan watak yang menjadi bahan lawak. Semenjak Najib Razak menggantikan Abdullah Badawi sebagai PM Malaysia pelbagai lawak busuk telah kedengaran tentang Najib. Pada hari pertama Najib mengambil alih dari Pak Lah , lawak busuk telah muncul. Najib diriwayatkan telah ‘diherdik’ oleh suaminya ..opps... oleh isterinya kerana lambat ke Istana Negara.
Kesah Najib takut dengan bini ini mula tersebar luas. Puncanya pastilah orang akhbar. Hanya orang akbar yang berkemungkinan membontoti dan mengelilingi Najib dan isterinya. Satu kesah pernah berlaku di Stadium Badminton Cheras. Najib telah dipanggil oleh isterinya dengan kasar dihadapan beberapa ahli sukan termasuk orang akhbar. Tapi in kesah mulut yang tidak tahu soheh atau fitnah. Mungkin orang akhbar ini ‘ tak dapat projek’. Mungkin orang akhbar ini bengang kerana hanya diiktiraf menjadi Pegawai Pengiklanan sahaja walhal orang akhbar ini juga berangan-angan untuk menjadi pemilik stesen tv.
Mengikut kata Tuan Speaker Dewan Undangan Selangor, sosok yang bernama Najib Razak ini amat suwey. Kata-kata YB Teng ini pastilah membingarkan telinga Najib. Dari mana agaknya asal usul perkataan suwey ini . Mungkin dari bahasa China atau Jawa atau Mendiling. Dalam kes Najib asal usul ini tidak penting. Apa yang soheh perkataan ini telah difahami oleh warga Malaysia.
Mengikut kepercayaan Melayu lama , suwey atau sial yang menimpa badan ini memiliki sebab musabab. Petanda awal ialah pada nama. Mungkin nama Najib ini tidak sesuai dengan badanya. Mungkin juga dia dilahirkan songsang. Atau mungkin ketika bayi perut Najib tidak pernah dibarut dan kakinya tidak pernah dibedong. Ini kerpercayaan Melayu lama yang cuba memahami watak seseorang. Manusia Melayu tidak mengenal Sigmund Freud dengan teori psikoanalysis.
Kesah suwey Najib ini semakin bertokok tambah. Dari hari ke hari semakin berat dan semakin dipercayai. Mari kita lihat kesah suwey yang telah menjadi dongeng rakyat tentang Najib dengan Budak Itam. Riwayat Budak Itam ini dikatakan telah berlaku di sebuah hotel di Port Dickson. Mengikut riwayatnya sebuah bilik telah dikepong oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Orang-orang agama ini tidak tahu siapakah yang berada didalam bilik ini.
Apabila si Jantan dalam bilik ini muncul barulah mereka sedar bahawa sosok yang mereka kepong bukan Usama Bin Laden tetapi Najib bin Razak. Bayangkan betapa gumbiranya orang-orang agama ini kerana telah dapat bertemu dengan seorang Menteri Kabinet yang hanya memakai towel Good Morning.
Untuk saya ini hanya kesah dongeng yang tidak boleh dipercayai langsung. Saya tidak percaya tentang peranan Menteri Besar Isa Samad yang muncul sebagai Tukang Selamat. Malah saya menolak babak dimana diriwayatkan bahawa Isa Samad telah datang membawa towel yang lebih besar pada malam itu untuk menutup kemaluan Najib. Saya tidak terfikir Najib Razak meminati Budak Itam ini.Mustahil.
Tetapi, mengikut kata YB Datuk Kamarul Bahrin Bin Abbas Ahli Parlimen P132 Telok Kemang riwayat suwey Najib di Port Dickson ini adalah riwayat soheh. Malah apabila saya tanya YB ini, beliau dengan bangganya boleh menunjukkan Budget Hotel mana Riwayat Budak Itam ini berlangsung.
Kalau pun riwayat Budak Itam ini kesah soheh tetapi kesah ini telah berlaku lama dahulu. Pastilah samenjak itu Najib telah memilihara kesopanan dan kemaluannya dari ke ketahui umum. Malah satu Malaysia tahun bahawa Najib telah tiga kali ke Mekah. Sekali untuk persidangan OIC, sekali hadir dihari penanaman Putera Saudi yang mati mengejut di Switzerland dan sekali untuk membuat Haji Express. Tiga kali lawatan ini pastilah bukti yang saheh bahawa Najib Razak ini telah bertaubat.
Sayangnya walau pun Najib bin Razak ini telah bertaubat di hadapan Batu Hitam tetapi suwey itu terus juga menghantui Najib. Kelihatan kebelakangan ini suwey ini datang tanpa noktah - datang lepas satu satu menimpa Najib.
Saya amat yakin si Najib Razak ini becita-cita untuk menjadi seorang insan yang soleh berbakti untuk nusa dan bangsa. Saya juga memiliki kepercayaan ini bahawa Najib ingin menjadi seorang ayah yang bertanggung jawab. Untuk membuktikan wujudnya niat suci Najib sebagai seorang ayah saya meminta para pembaca jangan sesekali terpengaruh dengan berita angin. Jangan pecaya berita yang mengatakan Najib pergi ke Amerika tahun lalu untuk berjumpa anaknya dengan menggunakan duit kerajaan. Najib ke Amerika untuk melihat anaknya menerima ijazah bukan untuk menghabiskan duit kerajaan. Kalau nak habis duit kerajaan ada projek MRT. Ada projek LRT Ampang. Lagi banyak duit boleh dirembat.
Sebenarnya inilah bukti tanda kaseh sayang Najib kepada anaknya walaupun orang ramai tidak diberitahu bahawa Najib memiliki ramai anak dari isteri-isteri yang awal. Kesah isteri awal dan beberapa ekor anak dan bini yang terdahulu tidak penting. Yang penting ialah Najib telah hadir di Amerika pada hari anaknya mendapat ijazah.
Tidak cukup dengan hadir dihari Konvo , Najib juga telah sanggup menerima jantan Kazakhtan sebagai menantu. Lihatlah bagaimana kenduri pertunangan anakanda Najib dengan jantan Kazakhtan itu cukup gilang gemilang. Bukan hanya lif-lif kenamaan di Malaysia yang hadir. Beberapa ekor Tok Arab penjual Minyak Attar juga telah dijemput sama.
Tetiba CNN memecah berita tentang bakal menantu Perdana Menteri Malaysia telah menipu kelulusan untuk memasuki sebuah Universiti terkemuka di Amerika. Saya wajib menjelaskan disini bahawa jual beli kelulusan menantu Najib ini tidak ada sangkut paut dengan jual beli ijazah di USM Pulau Pinang. Nampaknya suwey yang melekat dibadan Najib telah meletus sekali lagi.
Suwey ini pula kelihatan bergerak saperti ‘multi level marketing ‘ - terus beranak pinak. Riwayat tipu kelulusan ini disuweykan lagi dengan berita pecah amanah. Akhbar New York melaporkan bahawa menantu Najib telah melakukan pecah amanah dalam hal jual beli kondo di New York. Untuk saya pergaduhan jual beli kondo ini pekara biasa. Ini bukan satu jenayah berat kalau dibandingkan dengan janji Hasan Ali yang ingin menayangkan Video Murtad.
Dari laporan akhbar pembaca diberitahu bahawa menantu Najib ini menyamar menggunakan nama keluarga Presiden di Kazakhtan. Ini cukup menakutkan. Tetapi saya menolak khabar angin dari Lebai Desas bin Haji Desus yang mencerita bahawa menantu Najib ini sebenarnya anak Rosmah dari suami Rosmah yang terdahulu. Berita sademikin diyakini orang ramai kerana satu Malaysia tidak diberitahu bahawa Rosmah Mansor ini telah pernah berlaki sebelum berjumpa Najib. Berita karut sademikian dipercayai kerana pengaruh filem Hindsutan. Filem Mere Naam Kiyah Hei - dari Bollywood lakonan Dev Anand dan Shamila Tagore membawakan tema anak tiri kahwin anak sendiri.
Saya amat-amat bersimpati dengan Najib Razak. Bayangkan seorang ayah telah berkorban melupakan anak dan isteri yang lama hanya untuk menumpukan kaseh sayang kepada anak dengan isteri baru. Walau pun dengan pengorban sademikian suwey terus juga datang melanda Najib. Kini dilaporkan bakal menantu dan besannya sedang dikhendaki oleh Interpol – polis antarabangsa. Siah malaikat empat puluh empat kenapakah agaknya bagitu suwey nasib Najib Razak ini.
Saya pernah mencadangkan kepada Jabatan Perdana Menteri Malaysia agar Najib Razak ini mengamalkan mandi bunga setiap malam sebelum mesyuarat Kabinet. Ini petua ajaran datuk nenek moyang kita. Tetapi, kelihatan suwey ini telah membarah dalam badan Najib. Amalan mandi bunga juga kelihatan tidak mujarab lagi.
Suwey terus datang berganda-ganda menghimpap Najib. Dikhabarkan yang Najib akan dipanggil oleh mahkamah Peranchis untuk menjawab kes jual beli kapal selam. Minggu ini suwey datang dari Sabah pula. Ini belum dicampurkan dengan berita bakal menantu telah menghilangkan diri. Dan berita besan Najib telah ditangkap Interpol di Dubai.
Rakyat Malaysia mula bertanya bolehkah Najib ini terus menjadi PM. Najib tidak dapat menjawab soalan ini. Dalam kepala Najib bukan Sabah, Paris , Dubai atau PRU13. Najib terfikir apakah suwey ini sampai kerana tersalah pilih bini.(TT)
No comments:
Post a Comment