23 August 2012

Nik Abduh : DAP Dicabar Keluar Kenyataan Isu Hudud

Thursday, 23 August 2012 07:43 Tun Izhalmi

E-mail Print
alt

KOTA BHARU, 23 Ogos - Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz melaungkan cabaran agar pemimpin tertinggi DAP terutama Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng diminta supaya mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian rasmi parti itu mengenai pelaksanaan syariat Islam di negara ini seperti hukum hudud.


Beliau berkata demikian sebagai tindakan yang amat penting bagi memperbetulkan persepsi rakyat selepas beberapa siri kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menolak hukum hudud dan negara Islam.

Nik Abduh turut berkata, pada masa yang sama, kepemimpinan tertinggi DAP juga perlu memberi nasihat kepada Karpal supaya berhenti daripada terus membuat kenyataan tersebut kerana ia akan menjejaskan hubungan dalam pakatan pembangkang.

"Kita minta pemimpin DAP tidak kira siapa (Kit Siang atau Guan Eng) membuat kenyataan, paling tidak orang tahu DAP menolak kenyataan Karpal dan yang penting rakyat tahu DAP menjaga hubungan dalam pakatan.," katanya.

4 comments:

Anonymous said...

ek ele mamat nie...tak mcm bapak dierlah.....bang Ang betul...agaknyer kener brainwash oleh UMNO/BN masa tahan ISA dulu kut....relekslah bro.....lu nie otak sentenglah....

Anonymous said...

Ada jugabodohnya Nik Abduh ni..Isu hudud menjelang pilihanraya adalah umpan Umno untuk memerangkap DAP dan PAS.Jangan sibuk pasal Hudud dengan DAP.Itulah , orang sibuk nak keluar kenyataan untuk menaikkan saham menjadi calon,kita pun sibuk.kalau tak reti politik baik mengajar kat pondok.Tumbangkan umno dulu baru bincang pasal hudud oooi.DAP takkan setuju punya,tapi dia menghormati pegangan PAS dan bersetuju dengan beberapa perkara dalam islam seperti keadilan,tanggungjawab dan ketelusan dalam pentadbiran yang mereka anggap bersifat universal. ada faham??



















Anonymous said...

Bleh tak PAS menangguhkan perkataan HUDUD untuk tempoh enam bulan dari sekarang?Begitu juga DAP..Semakin banyak kenyataan tentang Hudud,semakin kuranglah undi kamu..Itulah perangkap BN..percayalah

Anonymous said...

Setuju dengan anony 10.25

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive