Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa jawatankuasa khas pembayaran petroleum itu semata-mata pembohongan politik
PETALING JAYA: PAS Terengganu menolak penubuhan jawatankuasa khas mengkaji pembayaran royalti/bayaran tunai petroleum untuk Pantai Timur serta mendakwa ia semata-mata pembohongan politik.
Pada masa sama, Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, beliau menasihatkan Kelantan tidak tertipu dengan perancangan Pusat.
Katanya, andainya Kelantan mendapat royalti minyak tetapi pada masa sama ,saman mesti diteruskan.
“Buat apa lagi jawatankuasa ini kerana semua perjanjian sudah ada. Memang sahih minyak di perairan Kelantan tetapi Pusat mendaratkan di Thailand.
“Jawatankuasa ini untuk pilihanraya,” tambah ahli Parlimen Kuala Terengganu itu.
Mohd Abdul Wahid berkata, apa yang berlaku di Terengganu mungkin boleh terjadi juga di Kelantan.
“Pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan wang hasil minyak berjumlah hampir RM500 juta kepada Terengganu tetapi itu adalah royalti untuk tahun 2009.
“Apa yang berlaku di Terengganu sekarang? Sudah tiga tahun Terengganu tidak mendapat royalti. Tetapi minyak Terengganu telah diberikan kepada semua negeri di Malaysia,” tambahnya.
Ditanya mengapa panel itu turut memasukkan negeri Pahang, Mohd Abdul Wahid berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pandai kerana mahu mengalih ke negeri kelahirannya itu.
Katanya, selepas ini jika Johor menuntut royalti, Najib akan memasukkan negeri itu pula
Jumlah royalti berbeza
Najib pada Sabtu lalu mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur.
Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
Bagaimanapun, ahli jawatankuasa Umno Kota baru, Che Mansor Adabi Che Hassan berkata penubuhan jawatankuasa telah menyelesaikan tuntutan royalti minyak Kelantan selama ini.
Tetapi, katanya, jumlah royalti yang diterima antara Kelantan dan negeri Terengganu dan Pahang tidak sama.
Ini kerana Kelantan tidak ada minyak yang didaratkan serta tidak ada kilang penapis di negeri itu.
Kerajaan Kelantan pula meragui jawatankuasa tersebut.
“Keadaan masih samar-samar. Ketika ia seakan membawa satu sinar harapan, keadaan sebenar hanya akan ditentukan enam bulan dari sekarang.
Kini Ogos, jika pilihanraya diadakan dalam tempoh sebelum Jawantakuasa ini membuat laporan dan seterusnya menunggu pertimbangan Kabinet atas rekomendasi Jawatankuasa ini, keputusannya boleh menjadi seribu kemungkinan.
Ia mungkin berakhir sebagai sebuah latihan akademik semata-mata,” kata Exco Kanan Datuk Husam Musa. - FMT
No comments:
Post a Comment