01 September 2012

hahaha... Najib kantoi lagi ...Tweet #Merdeka55 dihasilkan bot


Kantoi lagi..!!!!Tweet #Merdeka55 dihasilkan bot - Firma Kajian...


Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.

Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.

Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.

Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.



TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.

"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya.

Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar.

Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di
dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.

p/s: Nak menipu agak2 lah..tak sampai 24 jam dah kantoi.. kah kah kah kah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive