Showing posts with label KANTOI. Show all posts
Showing posts with label KANTOI. Show all posts

01 September 2012

hahaha... Najib kantoi lagi ...Tweet #Merdeka55 dihasilkan bot


Kantoi lagi..!!!!Tweet #Merdeka55 dihasilkan bot - Firma Kajian...


Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.

Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.

Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.

Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.

28 July 2012

Lagi EDISI KANTOI : Kami Mahu Tok Guru Letak Jawatan ....

EDISI KANTOI :- Kelakar nak mampos wa cakap lu ... Logo Hari Merdeka 55 ditiru bulat2 dari sticker kerete Hari Merdeka 52

Hahahahaha akhirnya terkantoi puak-puak Rais Yatim tentang logo sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Rupa-rupanya depa cuma ambik dari pelekat kereta masa sambutan Hari Kemerdekaan yg ke 52 pada 2009.   Hampa tengok ni ...


Hampa banding la sendiri logo Merdeka 2012 [bawah] dengan pelekat kereta masa Merdeka 2009 [atas]  ..... 98% sama kan? .... 

 sumber: RAKYAT MARHAEN

Bila penghujung-penghujung hayat ni samada peminpin-peminpinnya maupun pencacainya dah kering idea, depa hanya tau recycle benda-benda yang lama. Itulah UMNO/BN

10 July 2012

BONGKAR: Umi Hafilda rembat RM2,500.00 ...ceramah tak datang ...





RUPANYA ada cerita lucu di sebalik ceramah Ummi Hafilda. Sebelum ini dalam ceramah, beliau mendakwa berjuang mendedahkan salah laku Anwar Ibrahim demi bangsa dan negara ternyata karut semata-mata.

Meskipun tidak ramai orang menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Ummi Hafilda ini, beliau dikatakan menerima bayaran yang lumayan iaitu sekitar RM2,500 setiap kali berceramah.

Hal itu terbongkar apabila Ummi Hafilda telah dibayar sebanyak RM2,500 untuk menyampaikan ceramah menghentam Anwar Ibrahim, namun beliau tidak hadir memberikan ceramah.

Difahamkan Ummi Hafilda tidak mahu memberikan ceramah kerana pihak penganjur tidak menyediakan banner promosi dengan gambar beliau. Maka beliau risau tidak ada orang akan menghadiri ceramahnya.

Justeru itu pihak yang terlibat menganjurkan ceramah itu telah menghubungi Ummi Hafilda untuk meminta balik duit yang telah diberikan. Menariknya kejadian itu dirakamkan oleh mereka, maka tersebarlah tembelang Ummi Hafilda.

Lucu melihat gelagat perempuan ini, kadang kala sampai menangis-nangis dalam ceramahnya untuk meraih simpati, kononnya demi membuktikan kebenaran. Namun rupanya air mata palsu itu mendapat bayaran yang lumayan.

ReJaM© "Perjuangan menghentam Anwar Ibrahim demi duit rupanya... "

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/07/kantoi-ummi-hafilda-larikan-duit-rm2500.html#ixzz20DjkSwuX

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive