Showing posts with label skandal.. Show all posts
Showing posts with label skandal.. Show all posts

22 May 2014

Bekas Ahli Parlimen dari Melaka skandal dgn isteri orang

  • Bekas MP berskandal isteri pegawaiAntara kiriman WhatsApp Datuk tersebut kepada isteri mangsa.
 1 / 1 
AMPANG - Bekas Ahli Parlimen dari Melaka bergelar Datuk didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri seorang pegawai kanan sebuah agensi penguat kuasa di negara ini.

Difahamkan hubungan terlarang itu bermula sejak lebih setahun lalu dan berterusan sehingga wanita berkenaan mendirikan rumah tangga dengan pegawai kanan terbabit pada November 2013.

Wanita berusia 44 tahun itu yang turut terlibat dalam politik, dikatakan 'diikat' Datuk berkenaan dengan pelbagai kemewahan seperti duit mencecah puluhan ribu ringgit setiap bulan, selain turut dihadiahkan sebuah kereta mewah jenis Mercedez Benz.

07 September 2013

Disebalik skandal Adi Putra


SIAPA pun tidak menyangka kisah seorang pelakon lelaki kacak didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang. Menerusi laporan media, pelakon berusia 32 tahun itu dikhabarkan sedang
dalam siasatan polis apabila seorang ahli perniagaan dari Johor mendakwa pelakon itu mempunyai skandal dengan isterinya.

Adi Putra turut didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan isteri ahli perniagaan terbabit. Skandal ini dipercayai dikesan oleh suami wanita terbabit di Johor sekitar awal Ogos lalu.

Adi Putra juga membuat laporan polis kerana menerima ugutan dari ahli perniagaan tersebut. Melalui salinan laporan polis itu, Adi Putra mengadu bahawa lelaki tersebut telah menghina dan menjatuhkan
maruahnya serta menyuruh dia menceraikan isterinya.

Lelaki berkenaan turut mengatakan bahawa dia akan memastikan kerjaya Adi Putra hancur. Pelakon KL Gangster ini dalam kenyataannya mengaku ketika dihubungi lelaki tersebut pada 7 Ogos lalu, dia telah memasang loudspeaker sambil perbualan mereka didengari isterinya, Aida.

Sinar Harian cuba mendapatkan pelakon kelahiran Singapura itu namun beliau mengelak untuk ditemui media. Bagaimanapun Sinar Harian berjaya mendapatkan penjelasan daripada ahli perniagaan tersebut yang dikenali sebagai Amiruddin Osman.

Kami juga berjaya mendapatkan isteri Adi Putra, Aida Yusof. Ikuti temubual eksklusif ini.

'Saya mahu dia keluar Malaysia!'

Boleh anda jelaskan situasi yang berlaku?
AMIRUDDIN: Sebenarnya, isteri saya merupakan peminat fanatik pelakon itu. Malah, isteri saya turut memaklumkan kepada saya bahawa mereka turut berhubung melalui aplikasi sosial, WhatsApp dan Instagram.

Pada 1 Ramadan ketika sedang bersahur ketika pelakon itu berada di Kota Suci, saya terbaca kandungan perbualan di WhatsApp yang berbaur lucah yang disertakan gambar. Saya sangat terkejut melihat tindakan keterlaluan mereka dan terus bertanya kepada isteri mengenai perkara itu. Isteri saya memberitahu bahawa pelakon itu yang memulakan terlebih dahulu dan mereka saling berkongsi gambar.


Adakah anda pasti, gambar itu dihantar pelakon terbabit?
AMIRUDDIN: Sudah pasti, kerana perkara ini turut diakui oleh isteri saya. Malah, gambar yang dihantar pelakon itu kepada isteri saya adalah di lokasi penginapannya di Kota Suci ketika mengerjakan umrah.

Lokasi gambar itu turut disahkan rakannya yang turut berada di sana. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa, namun selepas kes itu, hubungan saya dan isteri mula renggang dan sering bergaduh.

Kenapa baru sekarang anda mahu ambil tindakan?
AMIRUDDIN: Saya cuba mendapatkan kerjasama daripada pelakon itu untuk berbincang mengenai perkara ini, namun dia tidak mahu. Saya tidak pasti, adakah dia ego ataupun malu untuk berjumpa. Apabila niat saya untuk berbincang secara baik tidak dihiraukan, saya tampil membuat laporan polis kerana tertekan dengan perkara ini.

Anda seperti menyalahkan pelakon itu sahaja....
AMIRUDDIN: Tidak, dua-dua salah. Saya tak kata dia saja yang salah, orang rumah saya pun salah juga. Namun, dalam hal ini, dia perlu bertanggungjawab dan sebagai selebriti, dia tidak sepatutnya berbuat demikian apatah lagi kepada isteri orang.

Tetapi, melihat kepada kandungan perbualan mereka, pelakon itu yang memulakannya dahulu. Sebagai peminat fanatik, isteri saya terus termakan pujukan dan kata-katanya sehingga bertindak 'melayan' permintaan pelakon itu.

Saya sendiri tidak sangka dia sanggup berkelakuan seperti itu apatah lagi ketika itu dia sedang mengerjakan umrah. Sebelum perkara ini diketahui umum, saya sudah memberi peringatan kepadanya menerusi gambar yang dimuat naik isterinya di Instagram ketika dia dimasukkan ke wad. Namun, ketika itu saya dihambur kata-kata kesat oleh peminat fanatiknya di laman sosial.

Menerusi laporan polis yang dibuat, pelakon itu mendakwa anda mengugut untuk menghancurkan karier dan memastikannya keluar dari Malaysia. Benarkah?
AMIRUDDIN:  Memang saya mahu dia keluar dari Malaysia kerana dia tidak menghormati undang-undang negara kita.

Sebagai rakyat Singapura, dia perlu peka mengenai perkara ini dan tidak membuat masalah yang boleh mencabar undang-undang. Saya minta agar masyarakat dan peminat yang terlalu obses dengannya 'celik mata'.

Setelah dua bulan perkara ini berlaku, bagaimana pula hubungan anda dengan isteri?
AMIRUDDIN: Kami masih tidak seperti dulu. Namun, hubungan ini diharapkan dapat dipulihkan walaupun mengambil sedikit masa. Saya tahu, setiap orang pasti melakukan kesilapan. Lagipun, dia sudah menginsafi kesalahan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.


Saya ada semua bukti: Aida

Isteri mana yang tidak melatah sekiranya suami dikaitkan mempunyai skandal dengan wanita lain, apatah lagi wanita yang dimaksudkan adalah isteri orang. Namun, sikap profesional yang ada pada isteri Adi Putra, Aida Yusof, wajar diberi pujian.

Bukan sahaja menasihati suaminya untuk tidak membuat sebarang kenyataan, malah Aida juga tenang menghadapi dugaan yang mampu menduga kesabarannya itu.

"Tak apa, biar dia (pengadu) tampil memberikan segala bukti yang ada. Memang media ada menghubungi saya dan Adi, namun saya nasihatkan Adi untuk tidak memberikan sebarang penjelasan yang boleh mengganggu siasatan polis.

"Beri kami sedikit masa dan kami juga akan tampil dengan bukti yang kami ada. Saya tidak berniat untuk menyebelahi Adi kerana yang salah tetap salah. Namun, sebagai suami dia tidak sepatutnya mendedahkan aib isteri," katanya.

Menurut Aida, dia tetap berpegang kepada pendiriannya untuk berfikir secara rasional tanpa terburu-buru.

"Kenapa saya tidak melenting? Kerana saya tahu perkara sebenar yang berlaku. Saya ada kesemua bukti. Jadi, kenapa pula dia terlalu menyalahkan Adi dalam hal ini sedangkan isterinya sendiri tidak tahu menjaga adab seorang isteri.

"Sebenarnya, ini bukanlah isu besar pun sehingga membabitkan media. Dia tak ubah seperti menegakkan benang yang basah. Saya takut, selepas saya kemukakan semua bukti, dia yang akan malu kerana dia fikir saya tak tahu apa yang terjadi," kata Aida yang mengakui akan mengadakan sidang media secepat mungkin untuk membersihkan nama suaminya.

Tambah Aida lagi, walaupun isu ini lebih kepada serangan peribadi, namun dia berharap agar peminat dan masyarakat tidak terus menghukum sebelum menilai.

"Saya tak rasa, perkara ini boleh menjejaskan karier Adi kerana peminat lebih mengenalinya. Peminat dan masyarakat tidak perlu membuat sebarang spekulasi kerana kami belum mengeluarkan kenyataan lagi.

"Kalau Adi salah, sebagai isteri, saya yang sepatutnya melenting. Namun, saya tidak nampak kesalahan itu pada Adi kerana sebagai lelaki, dia ada tiga kuota untuk diisi sekiranya saya izinkan.

"Saya percaya, usaha lelaki itu untuk 'menghalau' Adi dari Malaysia tidak akan berhasil malah pendedahan kami akan membuktikan siapa isterinya dan apa yang pasti, ini bukanlah kali pertama isterinya bertindak seberani itu," katanya.

05 September 2013

Skandal Dengan Isteri Orang, Adi Putra Disiasat


PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra, 32, didakwa menjalinkan hubungan skandal dengan isteri orang dan aktor itu kini disiasat polis selepas suami wanita berkenaan, seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Menurut laporan akhbar Berita Harian, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi Whatsapp sejak 29 Julai lalu.
"Suami kepada wanita itu mengesan hubungan mereka selepas dia terbaca SMS (khidmat pesanan ringkas) ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu.
"Mereka juga saling menghantar gambar lucah masing-masing dan keadaan itu membuatkan suami wanita tu mengalami tekanan perasaan," kata sumber.
Tambah sumber tersebut, ahli perniagaan yang berusia 56 tahun itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Skudai, Johor Bahru.
Difahamkan pihak polis telah merampas telefon bimbit milik mereka untuk dihantar ke makmal bagi dianalisa untuk tindakan selanjutnya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan menerima laporan suami wanita berkenaan tetapi enggan mendedahkan nama aktor tersebut.
"Pelakon itu juga telah memberikan kerjasama dengan memberikan keterangan selepas diminta berbuat demikian susulan laporan polis yang diterima," katanya.
Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan Adi gagal apabila aktor terbabit gagal dihubungi.

03 July 2012

Video skandal Khalid Ibrahim - Setiausahanya didedah

Ingat lagi kejadian yang berlaku dibawah ini pada Ogos 2011? Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terjumpa sebuah kamera tersembunyi didalam pejabatnya. Menurut Khalid, dia tak tau berapa lama kamera tersebut berada dan diletakkan disitu dan siapa yang meletakkan kamera tersembunyi tersebut. Menurut Khalid lagi, mereka hanya menjumpai satu saja video, iaitu yang terdapat didalam kamera tersebut.
Hari ini, kami menyiarkan salah satu daripada video tersebut sepanjang 15 minit (BUKAN yang terdapat dalam kamera tersebut) untuk menunjukkan bahawa wujudnya  terdapat lebih banyak video. Tidaka ada apa yang sensasi dalam video ini walaupun orang-orang Azmin memberitahu bahawa terdapat adegan yang boleh memalukan Khalid dalam video-video yang lain. Video ini hanya menunjukkan Khalid terlebih manja dengan seorang wanita yang bernama Rahimah binti Kamarudin.
Menurut Azmin, Rahimah merupakan Setiausaha Khalid dari Guthrie Berhad, yang dibawa untuk bekerja dengannya dipejabat Menteri Besar. Dan orang-orang Azmin sakit hati kerana Rahimah kelihatan terlalu berkuasa dan Azmin membuat andaian bahawa terdapat satu hubungan intim diantara Khalid dan Rahimah.

20 May 2012

Keluarga restu hubungan Bubu - Syahrini

KUALA LUMPUR: “Kami tiada masalah dan merestui hubungannya. Terpulang kepada dia kerana itu pilihannya,” kata Raja Mohammad Rashid Raja Salehuddin, 50-an, bapa kepada Raja Mohammad Syazni, 23, mengesahkan hubungan cinta anaknya dengan penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini.

Raja Mohammad Syazni yang mesra disapa dengan nama Bubu menjadi perhatian media Indonesia selepas beliau tampil mengadakan sidang media di sebuah hotel di Jakarta minggu lalu, untuk menjelaskan hubungannya dengan Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani, 29.

Pada sidang media itu, Raja Mohammad Syazni turut menafikan dia berketurunan Batak dari Indonesia seperti didakwa media negara terbabit.

Dia menjelaskan dirinya orang Melayu dari Kuala Lumpur serta kerabat diraja.

Sidang media itu turut dihadiri ahli keluarga lain termasuk kakak Raja Mohammad Syazni, Raja Norzafirrah dan ibu Syahrini. - myMetro

17 May 2012

Skandal Bubu, Kerabat Selangor dengan penyanyi seberang, Syahrini

..
Kelmarin penyanyi dari seberang, Syahrini membuat kenyataan terbuka memberitahu yang dia kini memang sedang hangat  bercinta dengan dengan seorang jejaka Malaysia dari kerabat Selangor, Raja Mohammad Syazni atau lebih dikenali dengan nama manjanya, Bubu.
Dan hari ini di beberapa laman hiburan dan gosip sensasi dua negara, baik Indonesia juga Malaysia terpampang cerita Bubu curang dengan kekasihnya itu. 

Ini berikutan tersebarnya sekeping gambar Bubu bersama seorang gadis berimej seksi bernama Virta Rahdania Maladi. Lebih panas gambar yang dirakamkan pada 15 April 2012 itu menunjukkan mereka berdua beraksi mesra lantas menimbulkan pelbagai spekulasi.
..
..
Namun gadis tersebut yang juga merupakan seorang penari bagaimana pun tampil menjelaskan mereka berdua bertemu di Bali dan menghabiskan masa bersama semalaman sebelum berpisah kerana mendakwa Bubu terpaksa pulang ke Malaysia keesokan harinya.

Bagaimana pun  gadis ini menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama Bubu. Katanya pertemuan mereka terjadi sebelum usahawan muda itu mengenali Syahrini lagi. Jadi, tiada isu Bubu berlaku curang.
Hmm... okay.
MS : Kerabat bertattoo?

23 April 2012

PANAS : Kenyataan skandal Shafie - Zahida : Zuraida sedia disaman

SHAH ALAM : MP Ampang Zuraida Kamaruddin sedia untuk disaman berhubung kenyataannya yang mengaitkan seorang pelakon wanita dengan menteri kabinet yang dibuat minggu lepas. 

“Kita bersedia dengan segala tindakan yang akan diambil. Kalau dia nak saman maka kita bersedia,” kata Zuraida ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata demikian bagi mengulas reaksi pelakon, Zahida Rafik, yang menafikan dakwaan yang beliau terlibat di dalam hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal. Zahida di dalam kenyataan yang dimuatnaik ke dalam laman web sosial twitter, menafikan dakwaan itu dan menyerahkannya kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya. 

18 April 2012

Skandal Shafie Afdal - Zahida Rafik : Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.- Bekas Pemandu

KUALA LUMPUR 18 April: Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.
Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida.
Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

10 April 2012

Skandal Ketua Menteri Sabah, Menteri Luar dan Peguam Negara .. Ada bukti kata Rafizi

KUALA LUMPUR - Pembangkang mendakwa mempunyai bukti berhubung skandal penyelewengan balak dan dana rakyat yang membabitkan Ketua Menteri Sabah, Menteri Luar dan Peguam Negara.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, mereka mempunyai dokumen urus niaga, penyata bank dan surat pengakuan seorang lelaki yang sanggup menjadi saksi yang dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, SPRM telah menjalankan siasatan dan mencadangkan kepada Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengambil tindakan, tetapi beliau enggan untuk berbuat demikian sebaliknya mendakwa kes itu telah selesai.

“Bukti yang kami miliki boleh mensabitkan ketiga-tiga tokoh ternama itu, skandal ini membabitkan penyelewengan berjumlah RM415 juta.

12 December 2010

Skandal Pegawai Khas Najib dengan janda anak 5?

Cerita di bawah ini saya ambil dari blog pro umno. Percaya atau tidak mengenai cerita ini, anda sendiri tentukannya. Apa yang pasti umno Selangor akan terpalit dengan cerita ini.

Saya petik:

[SU] Banyak sungguh Puaka UMNO Selangor. Minggu lalu terdapat 4 orang pemimpin UMNO Selangor berjumpa Perdana Menteri mendesak Khir Toyo didakwa dalam apa cara sekali pun. Kata mereka jika Khir Toyo didakwa, BN selangor akan kembali mendapat sokongan.

4 orang ini ialah Noh Omar, Noriah Kasnon, Shukor Kuang dan Dato Ghazali Ibrahim. Opsss maaflah. 3 orang saja UMNO Selangor. Satu lagi UMNO Kedah. Apa ke hei nya Dato Ghazali Ibrahim, bekas Ali Parlimen Padang Terap turut terbabit dalam usaha menjatuhkan Khir Toyo ini?

Dato Ghazali Ibrahim ialah Pegawai Khas kepada YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Dia lah yang mengaturkan pertemuan Noh, Noriah dan Shukor dengan PM minggu lalu.

Mengapa Ghazali begitu bersungguh mahu menjatuhkan Khir?

Apa yang PM tak tahu, apa yang kebanyakan orang UMNO tidak tahu tetapi orang UMNO Sungai Besar tahu ialah Dato Ghazali ini mempunyai hubungan istimewa dengan YB Noriah Kasnon, Janda anak 5.

Di kalangan pemimpin Sungai Besar ramai yang sudah bercakap mengenai kemunculan sebuah kereta plat kedah KY 77 tetapi tidak ramai yang tahu ia merupakan kereta Pegawai Khas Perdana Menteri bernama Dato' Ghazali Ibrahim.

Hubungan intim ini sangat menjelikkan kerana ia muncul lewat-lewat malam jika Noriah berada di Kawasan. Malahan menurut SB, kereta ini juga sering kelihatan di sebuah kondo milik Noriah di ibu kota.

Malang sungguh Sungai Besar selepas ada Bapa Rasuah, ada pula Ibu Maksiat.

Noriah mesti keluar menyatakan adakah ia telah berkahwin dengan Dato Ghazali? Jika ia menafikan ada hubungan dengan Dato Ghazali, beberapa keping gambar yang intim dan mesra akan diterbitkan dalam blog ini.

Orang Sungai Besar sila perhati-perhatikan jangan nanti ahli parlimen pula kena tangkap basah.

===========================================================


Saya petik juga dari blog Jelapang:

Tiba-tiba Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, "diserang" di Selangor.

Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap beliau termasuk kononnya mempunyai hubungan "istimewa" dengan Ghazali Ibrahim, Pegawai Khas PM.

Ghazali pernah menyandang jawatan Ketua Umno Bahagian Padang Terap sebelum memberi jalan kepada Mahadzir Khalid. Beliau kini Timbalan Ketua Bahagian Padang Terap.

Serangan terhadap Noriah sudah cukup untuk menggambarkan kekusutan di dalam Umno Selangor.

Keadaan bertambah kusut apabila Khir Toyo dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

Bagi pemerhati politik, suasana di dalam Umno Selangor cukup menghiburkan.

Terkini blog berikut menyiarkan kononnya Noriah, seorang janda beranak lima, adalah antara mereka yang menjatuhkan Khir Toyo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive