03 September 2012

Serangan samseng Perkasa terhadap DSAI : Ibrahim Ali didesak minta maaf

(Oleh Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 3 September: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali didesak memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung serangan terhadap Ketua Umum KEADILAN itu.
Presiden Kelab Penyokong Anwar Ibrahim (AIC), Saifuddin Shafi Muhammad berkata, ia berikutan tindakan biadap ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pro-Umno itu sebagaimana insiden di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah semalam.
“AIC mendesak Ibrahim Ali berani meminta maaf secara terbuka berhubung insiden malam tadi atau berundur sahaja jika tidak mampu mengurus perkara seperti ini,” katanya pada kenyataan.
Serangan samseng Umno itu dicetuskan ketika Anwar menyampaikan tazkirah Maghrib di mimbar masjid Al Husain termasuk memadam lampu dan alat pembesar suara berulangkali hingga memaksa beliau mengguna loud hailer bagi meneruskan kuliahnya.
Selain bertindak kasar, samseng Umno itu turut mengeluarkan kata kesat dan membaling kasut serta mengguna pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.
Ketua Perkasa dikenali Datuk Yusof didakwa mengugut bertindak lebih keras jika Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta, dan turut menghalau imam keluar dari masjid tersebut.
Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau, sebelum gangguan itu diredakan polis yang tiba sejam kemudian.
AMK turut mengemukakan bukti insiden itu di sini.
Selain Anwar, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut berada di masjid itu juga menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling nyaris terkena beliau.
Kejadian serangan terhadap Ketua Pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sebelum ini.
Jelajah itu bertujuan menyampaikan mesej Pakatan kepada rakyat ekoran media kawalan Umno BN berterusan memfitnah Anwar dan Pakatan, namun pada masa sama enggan memberi peluang kepada mereka menjelaskannya.
Jelajah dimulakan sejak 31 Ogos lalu meliputi beberapa daerah di empat negeri iaitu Pahang, Kelantan, Perak dan Kedah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35296

MS : Bila PERKASA nak p buat laporan polis  terhadap Najib buat sambutam Merdeka d  Bkt Jalil tak jemput Agong?????????????????
Depa buat laporan polis katanya Tan Sri Khalid tak jemput Sultan Selangor masa Selangor buat sambutan Merdeka baru-baru ni.
Bila lagi PERKASAM????????????????

3 comments:

Anonymous said...

Pak Nuar ada kambing. Kambing Pak Nuar masuk kebun Pak Brahim lalu merayau sana sini tampa tujuan yang pasti.

Orang kampung lihat kambing tersebut lalu hambat keluar dari kebun tersebut.Hampir-hampir kambing tersebut dipukul.

Anak beranak Pak Nuar marah kerana kambingnya dihalau dan mahu cas "mahkamah" keatas Pak Brahim diatas kejadian tersebut..... PATUT ke TAK PATUT..anda jawab sendiri......crostedl

gedebuih said...

Pak Brahim ada kebun ke? Setahu gua Pak Brahim ada bela anjing kurap bernama PERKASAM, mcm lu jugak..Anjing kurap yg bernama PERKASAM ni akan tetap menjaga tuan nya, si Pak Brahim walaupun Pak Brahim ni salah..anjing kurap lebih hina dlm pandangan msyarakat berbanding kambingnya si Pak Nuar sebab susu kambing Pak Nuar kalau dimanfaatkan Boleh dibuat produk kecantikan dan makanan Kesihatan seperti HiGoat..wakakaka!!

gedebuih said...

Pak Brahim ada kebun ke? Setahu gua Pak Brahim ada bela anjing kurap bernama PERKASAM, mcm lu jugak..Anjing kurap yg bernama PERKASAM ni akan tetap menjaga tuan nya, si Pak Brahim walaupun Pak Brahim ni salah..anjing kurap lebih hina dlm pandangan msyarakat berbanding kambingnya si Pak Nuar sebab susu kambing Pak Nuar kalau dimanfaatkan Boleh dibuat produk kecantikan dan makanan Kesihatan seperti HiGoat..wakakaka!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive