PR Jempol buat 6 laporan polis ke atas Shahrizat
Anggota Pakatan Rakyat menunjukkan tiga daripada enam salinan laporan polis dibuat semalam. Turut kelihatan, Kok Seong (tiga, kanan).
JEMPOL - Pakatan Rakyat (PR) Jempol hari ini buat enam laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol dekat sini berhubung kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil pada Perhimpunan Agung Umno, baru-baru ini.

Laporan berkenaan membabitkan beberapa pemimpin PR setempat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Teo Kok Seong.

Kok Seong ketika ditemui semalam berkata, kenyataan Sharizat bahawa insiden 13 Mei akan berulang sekiranya Umno kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang jelas cuba menakut-nakutkan rakyat negara ini dan polis perlu mengambil tindakan.

Ia sebahagian daripada laporan polis dibuat di seluruh negara oleh ahli-ahli Pemuda Pas dan PR ke atas Shahrizat.