HKR: Berjalan bersama AMK demi kebebasan, keadilan & demokrasi Jan 10 2013 -Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengalu-alukan keputusan untuk membenarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013.
Keputusan yang bersejarah tersebut merupakan kejayaan kuasa rakyat yang sentiasa berjuang untuk berhimpun serta hak untuk mengguna ruang awam untuk bersuara sejak zaman Reformasi lagi.
AMK menyokong sepenuhnya Himpunan Kebangkitan Rakyat serta 8 tuntutan rakyat yang melibatkan seluruh aspeks kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan jantina.
HKR akan menjadi satu detik bersejarah di mana seluruh rakyat Malaysia bangkit dan semangat kemerdekaan daripada penindasan, kezaliman serta kemiskinan.Dengan itu, AMK akan mengadakan Berjalan Demi Kebebasan, Keadilan dan Demokrasi pada Sabtu ini sempena HKR.
AMK yang diketuai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin akan berjalan dari Padang Timur, Petaling Jaya (PJ), depan Amcorp Mall ke Stadium Merdeka bersama-sama dengan anak-anak muda.
Berikut adalah perjalanan yang akan dilalui oleh AMK pada 12 Januari 2013 (Sabtu):-
8.00am – Berkumpul di Padang Timur, PJ (Depan Amcorp Mall)
9.00am – Berjalan menuju ke Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya (UM)
11.00am – Bergabung dengan mahasiswa dan anak muda di UM di Masjid Ar-Rahman
12.30pm – Bergabung dengan peserta HKR di Stesyen Monorail Tun Sambahtan, Brickfield untuk berjalan ke Stadium Merdeka
1.30pm – Sampai di Stadium Merdeka untuk gegarkan #KL112AMK mengajak orang ramai untuk menyertai Berjalan Demi Kebebasan, Keadilan dan Demokrasi pada Sabtu ini.
Dengan berjalan kaki ke Stadium Merdeka, semangat perjuangan bersama rakyat serta tekad kebangkitan rakyat untuk menuntut 8 tuntutan rakyat dapat ditunjukkan.Sementara itu, tiga Pasukan Pertolongan Kecemasan akan bersedia untuk membantu semua peserta di sepanjang perjalanan. Semua peserta diseru untuk mengikut arahan penganjur serta pasukan keselamatan.
Jangan terperdaya dengan pelbagai maklumat dan propaganda hitam yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Keselamatan peserta serta perjalanan yang lancar adalah diutamakan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Dengan sikap yang disiplin dan tertib, AMK yakin HKR akan berjaya dilangsungkan dengan semangat kebangkitan rakyat yang mengubah lanskap politik serta mencatat sejarah di Malaysia.
Untuk pertanyaan yang lebih lanjut tentang Berjalan Demi Kebebasan, Keadilan dan Demokrasi, anda boleh menghubungi Saudari Ginie Lim (016-7183453) dan Haji Ramlan (016-6648032).
Lee Khai Loon
Ketua Penerangan AMK
No comments:
Post a Comment