Showing posts with label Himpunan kebangkitan rakyat. Show all posts
Showing posts with label Himpunan kebangkitan rakyat. Show all posts

16 January 2013

Memang niat kami nak guling BN - Mat Sabu


Mat Sabu: 'Memang, niat kami mahu guling BN'
KUALA LUMPUR - Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu tidak menolak sasaran Pakatan Rakyat (PR) mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi pihaknya mahu mencapai misi itu menerusi pilihan raya dan lunas demokrasi.
Katanya, PR tidak pernah dan tidak akan mencapai sasaran itu dengan mengadakan perhimpunan atau demonstrasi jalanan.
"Tipu kalau saya kata tak ada. Memang kita niat nak guling kerajaan tapi melalui pilihan raya," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin bahawa himpunan yang turut dikenali sebagai #KL112, sebagai cuba meniru apa yang berlaku di sesetengah negara Arab dengan niat menjatuhkan kerajaan.

14 January 2013

HKR #KL112 - TERIMA KASIH PARA PENDERMA - Jumlah kutipan RM289,000.00


KUALA LUMPUR 14 Jan: Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohammad Sabu mengesahkan derma yang berjaya dikutip pada himpunan Sabtu lalu mencecah RM289,000.


Jumlah tersebut dikumpul sejurus beliau mengumum dan melancarkan kutipan derma di Stadium Merdeka.
“Alhamdulillah, kita berjaya peroleh suku juta ringgit hasil kerjasama dan keprihatinan orang ramai,” kata Timbalan Presiden PAS itu ketika dihubungi
.
Kutipan derma tersebut meliputi peserta yang berada dalam stadium dan juga di luar stadium

13 January 2013

#KL112 TAHNIAH SEMUA .... hampa semua memang 'Best'



oLEH : G MANIMARAN, SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN, HANUM RAJAK, NIZAM ZAIN & JAMILAH HAMZAH
12 Januari 2013
 #KL112: Tahniah semua!
Stadium Merdeka yang bersejarah menjadi tumpuan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung tadi. - Foto ihsan Mohd Afif Azman
#KL112: Tahniah semua!
Pemandangan dari udara lautan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka dan kawasan sekitar. Foto ihsan Zulhabri Supian/ Sin Chew
[KLIP VIDEO] [DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Tahniah! Tiada perkataan lain yang nampak sesuai dan tepat untuk diberikan kepada semua.
Tahniah bukan sahaja kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112), tahniah juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan Stadium Merdeka.
Sekali lagi rakyat dan pihak berkuasa telah berjaya membuktikan bahawa satu perhimpunan - tidak kira saiz dan bilangan peserta - boleh diadakan dengan aman dan berjaya jika setiap individu yang terbabit, sama ada yang memegang kuasa atau sebaliknya, bekerjasama, menghormati satu sama lain, memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan pihak lain, dan menghormati peraturan dan undang-undang.
Selepas insiden pahit Perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semua menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masyarakat matang. Perhimpunan Bersih 2.0 disusuli dengan penggubalan Akta Perhimpunan Aman. Undang-undang itu disusuli dengan Perhimpunan Bersih 3.0.
Hari ini, di tempat tertutup Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Bertolak daripada persekitaran himpunan hari ini, yang dipercayai disertai sekitar 100,000 orang,  nampaknya kita boleh menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan sebelum akhir Jun ini, dengan tenang dan aman.

Komen di Twitter
Komen-komen blog mikro yang ditinjau Sinar Harian Online sebaik sahaja berakhir Himpunan Kebangkitan Rakyat, menunjukkan pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mengucapkan tahniah atas 'kejayaan' hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang mengucapkan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, "+100 RT "@dinogombak: tahniah boss @HishammuddinH2O dan syabas pada @PDRMsia ada yang tak tidur dari semalam... #Salute."

11 January 2013

HKR #KL112 : Lokasi berkumpul dan laluan ke Stadium Merdeka


Harakahdaily,11 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Terdapat lapan lokasi berkumpul yang ditetapkan Jawatankuasa Himpunan Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Stadium Merdeka, esok.

Mereka juga meminta peserta berkumpul seawal jam 10 pagi dan mematuhi segala arahan komander di lokasi yang ditetapkan.

Tidak ada sebarang perarakan sebaliknya tempat berkumpul tersebut bagi memudahkan pergerakan orang ramai berjalan menuju ke Stadium Merdeka.

Berikut adalah lokasi berkumpul, laluan dan komander bertugas:

1. Amcorp Mall, Petaling Jaya

Laluan: Lebuhraya Persekutuan – Jalan Pantai Baharu – Jalan Pantai – Jalan Bangsar – Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – Stadium Merdeka

Komander: Ust Nasruddin Tantawi, Shamsul Iskandar, Sany Hamzan.

2. Masjid Arrahman, UM


Laluan: Jalan Pantai – Jalan Bangsar – Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – Stadium Merdeka

Komander: Nurul Izzah, Ng Suee Lim, Safwan Anang, Adam Adli, Raja Iskandar.

3. Brickfields

Laluan: Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – Stadium Merdeka

Komander: Raja Ratnam, Faizal, Arutchelvan, Zunar - Kartunis, Maria Chin, M. Kula Segaran.

4. KLCC 


Laluan: Jalan Ampang – Lebuh Ampang – Jalan H.S. Lee – Jalan Tun Siew Sin – Jalan Petaling – Jalan Sultan – Stadium Merdeka

Komander: Dato’ Husam Musa, Teo Kok Seong, Mazlan Aliman, Zairil Khir Johari.

5.Kelab Sultan Sulaiman 


Laluan: Jalan Abdul Razak – Jalan Raja Abdullah – Jalan Ampang – Lebuh Ampang – Jalan H.S. Lee – Jalan Tun Siew Sin – Jalan Petaling – Jalan Sultan – Stadium Merdeka

Komander: Badrul Hisham (CheGu Bard)

6. Pasar Seni 


Laluan: Jalan H.S Lee – Jalan Sultan – Stadium Merdeka.

Komander: Dr. Siti Mariah, Teresa, Teo Nie Ching, Elizabeth Wong.

7.Jalan Sultan

Laluan: Jalan Hang Jebat – Stadium Merdeka.  

Komander: Fuziah Salleh, Ishak Surin, Wong Tack, Tan Kok Wai.

8. Masjid Negara 


Laluan: Bulatan KTM – Jalan Sulaiman – Jalan Maharajalela – Stadium Merdeka.

Komander: Khalid Samad, Azmin Ali, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Saya datang nak menghasut




HKR #KL112 - Malam Ini - Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru - 8.00 mlm



NAMA PROGRAM : RAPAT KEMUNCAK COUNTDOWN #KL112
ANJURAN  : SAMM & SMM DENGAN NAUNGAN JK INDUK HKR
TARIKH &MASA 11 JAN 2013, 8.30mlm – 12.30 tgh mlm
VENUE : KELAB SULTAN SULAIMAN, KG BARU

GILIRAN PENTAS
RANGKUMAN PERTAMA (8.15pm)
TOKOH
/ SELEBRITI
ORIGIN
AMRAN
PEMANDU TEKSI
ZURAIDI
PEKERJA KILANG
JAMIAH
SURI RUMAH
SHARIFAH
PENIAGA MELAYU P.PINANG
IBRAHIM ALI
NELAYAN
YB TIAN CHUA
NAIB PRESIDEN PKR
CIKGU NORMALA
GERAKAN PEMBANGUNAN PENDIDIK KEBANGSAAN
CYNTHIA GABRIEL
SUARAM
WAKIL
PERSATUAN BEKAS POLIS
PROF DR G BALASUBRAMANIAM
Wakil professional India Muda
KOL (B) NAZARI
Kerabat
DINSMAN (sampaikan sajak)
PENGGIAT SENI
RANGKUMAN KEDUA (9.00pm)
TOKOH
/ SELEBRITI
ORIGIN
YB HUSAM MUSA
PAS
YB FUZIAH
NAIB PRESIDEN PKR
WONG TACK
ANTI-LYNAS
YB ANTHONY LOKE
DAP
SUHAIZAN
TANAH
HARIS IBRAHIM
AKTIVIS ASALKAN BUKAN UMNO
SHAHARUDDIN
SELAMATKAN PANTAI PD
WAKIL PENGERANG
RAPID PENGERANG
TN SYED IBRAHIM
GERAKAN MANSUH ISA
ITO (PERSEMBAHAN)
PENGGIAT SENI
RANGKUMAN KE-3 (10.00pm)
TOKOH
/ SELEBRITI
ORIGIN
YM TENGKU HARMY
SEPUPU YDP BESAR N.SEMBILAN
RAJA BAHARIN
‘R’ TERENGGANU
ZUNAR
KARTUNIS
ABBY ABADI
SELEBRITI HIJRAH
HAIRIE OTHMAN
SELEBRITI HIJRAH
ISHAM RAIS
AKTIVIS INTERNASIONAL
SAFFWAN ANANG
PRESIDEN SMM
KC HENG
DEMA
ADAM ADLI
PENGARAH PROG/MAHASISWA
ISHAK SURIN
MUAFAKAT
Prof Dr. Shaharir
GM PPSMI
PAK SAMAD (PENYAMPAIAN SAJAK)
SASTERAWAN NEGARA
RANGKUMAN KE-4 (10.45pm)
TOKOH
/ SELEBRITI
ORIGIN
ABDULLAH ALI
BEKAS PEMAIN BOLASEPAK
DATUK FAUZI SHAARI
BEKAS KETUA JSJ PDRM
MAZLAN ALIMAN
ANAK
NAZRI DERAMAN
‘R’ KELANTAN
TS KADIR SHEIKH FADZIL
TOKOH UMNO
ARUL
PSM
BLANK (PERSEMBAHAN)
SELEBRITI HIJRAH (BEKAS KUMPULAN GAMMA)
RANGKUMAN TERAKHIR (11.30pm)
TOKOH
/ SELEBRITI
ORIGIN
AMNI JAGAT (SAJAK ABU)
PENGGIAT SENI
YB SYED AZMAN
PAS
YB DS WILFRED BUMBURING
Angkatan Perubahan Sabah
YB DATUK SAIFUDIN NASUTION
S/U AGONG PKR
TS KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR
TN HJ MAT SABU
PENGELOLA HKR / TIMBALAN PRESIDEN PAS
SETIAP TOKOH/SELEBRITI HANYA AKAN
BERUCAP MAKSIMUM 4- 5 MINIT SAHAJA

TERKINI HKR #KL112- (1.30 PG) - Keputusan Mesyuarat Tergempar

TERKINI: Ahli Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) telah memutuskan:

a] HKR112 [sabtu] akan tetap dilangsungkan di Stadium Merdeka pada jam 2.00 pm - 5.00 pm. 

b] Asasnya semua mesti bergerak ke Stadium Merdeka dengan aman dan santai. 

c] Check point untuk memudahkan orang ramai berjalan menuju Stadium Merdeka sebagaimana yang telah di putuskan sebelum ini tiada perubahan. 

[ rujuk lampiran ] 

d] Pastikan lokasi masing-masing dengan baik, elakkan sebarang provokasi dan perkara yang tidak diingini.

Sekian

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM

Lampiran :

Arahan HKR 112 !!

* Pakaian Tema - Kuning, Hijau, Merah, Oren & Jingga @ Purple.

* Kebenaran Pihak Stadium Kapisiti tempat duduk seramai 30K Peserta / Tidak termasuk Padang Stadium.

* Pihak Polis Jamin Keselamatan dengan Syarat Tiada Perarakan bersama Laungan Provokasi Tetapi Tidak MengHalang Berjalan beramai-ramai.

* Setiap Peserta Mesti Mengikut Ketua Kumpulan yang Telah diTetapkan ;

1 : Masjid Negara ( Hijau ):
- YB Khalid Samad
- Dr Mujahid Yusof Rawa
- YB Azmin Ali

2 : Pasar Seni ( Muslimat / Wanita PR / Purple @ Jingga ) ;
- YB Dr Mariah Mahmud
- YB Teresa Kwok
- YB Elizabeth Wong

3 : Universiti Malaya ( Anak Muda ) ;
- Raja Iskandar Al Hiss
- Adam Adli
- YB Nurul Izzah
- Saiful Anang

4 : KLCC ( Royalti & ANAK) ( Merah & Oren ) ;
- YB Husam Musa 
- Sdr Mazlan Aliman

5 : Bricfield & KL Central ( Bersih / Kuning ) ;
- Zunar Kartunis
- Arun
- Faizal

Harap Maklum , Bertindak Mengikut Arahan ;

Hj Muhammad Sabu
( Pengarah HKR )

Syor tukar lokasi, Himpunan Kebangkitan Rakyat mesyuarat malam ini



SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
10 Januari 2013
Hishamuddin Rais
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais
SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan saranan pihak polis supaya perhimpunan yang dijadual untuk diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur Sabtu ini ditukar ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
Jurucakap #KL112, Hishamuddin Rais berkata, mesyuarat akan diadakan di ibu pejabat Pas di sini, jam 12 malam ini.
"Sekarang ini ada perkembangan baru, buat masa ini saya tak ada apa-apa komen, kita akan ada mesyuarat tergempar malam ini, itu sahaja yang saya boleh beritahu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh hari ini menyarankan supaya penganjur #KL112 mengadakan himpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana ia lebih sesuai dan mampu menampung kapasiti lebih besar.
Tambahan pula katanya, stadium tersebut juga mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang lengkap termasuk Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) selain memenuhi keperluan dari aspek keselamatan.
Mohmad turut meminta penganjur #KL112 menyemak semula hasrat menggunakan Stadium Merdeka sebagai tempat berhimpun kerana perbadanan stadium itu meletakkan syarat utama agar ia tidak disertai lebih daripada 30,000 orang berdasarkan kapasiti stadium.
Menurut Hishamuddin, pihak penganjur sudah pun membuat bayaran kepada Stadium Merdeka petang tadi bagi membolehkan kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat diadakan di situ  

10 January 2013

TERKINI - HKR #KL112 - Mesyuarat Tergempar

TERKINI : Ahli Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) akan mengadakan mesyuarat tergempar jam 12 malam ini bagi membincangkan saranan pihak polis supaya perhimpunan yang dijadual untuk diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur Sabtu ini ditukar ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Jurucakap #KL112, Hishamuddin Rais berkata, mesyuarat akan diadakan di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.

Berita lanjut akan dimaklumkan....

P/S:
Kronologi HKR
mula-mula di stadium merdeka
kemudian disarankan ke stadium bukit jalil
jangan nanti ke stadium  senayan indonesia (tiket flight percuma)
diakhir nanti ke stadium wembley....

kah kah kah kah ....... 

SUMBER

HKR #KL112 : Berjalan Bersama AMK

HKR: Berjalan bersama AMK demi kebebasan, keadilan & demokrasi Jan 10 2013 -Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengalu-alukan keputusan untuk membenarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013.

Keputusan yang bersejarah tersebut merupakan kejayaan kuasa rakyat yang sentiasa berjuang untuk berhimpun serta hak untuk mengguna ruang awam untuk bersuara sejak zaman Reformasi lagi.

AMK menyokong sepenuhnya Himpunan Kebangkitan Rakyat serta 8 tuntutan rakyat yang melibatkan seluruh aspeks kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan jantina.

'Count down' HKR #KL112 di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru malam esok (Jumaat)


PETALING JAYA: Menjelang kemuncak perhimpunan kebangkitan rakyat di Stadium Merdeka Sabtu ini, satu program awal akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru di Kuala Lumpur, pada sebelah malamnya.
Program tersebut dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
“Rapat mengira detik ini juga akan menjadi lapang sambutan bagi peserta himpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur yang dijangka sampai awal,” kata Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shahrim.

HKR #KL112 - PESANAN DARI PENGANJUR


PENGUMUMAN PENGANJUR HKR 112

- perundingan berjalan lancar antara penganjur
dengan pemilik stadium merdeka

- petang ini jawantakuasa akan bertemu dengan
tuan ocpd  dang wangi

sila tunggu maklumat terkini

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM
pihak penganjur meminta 
warga yang akan datang sabtu ini
ke stadium merdeka
sila datang dengan mengunakan
sistem pengangkutan awam

sila beri kerja sama ini

HKR KUALA LUMPUR #112 : Tiada Perarakan, hanya Lenggang Lenggok ke stadium - Mat Sabu


Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa penganjur tidak akan mengadakan perarakan ke Stadium Merdeka bagi perhimpunan 12 Januari."Tidak ada perarakan, cuma berjalan lenggang lenggok secara bersantai ke sana," katanya sambil diiringi ketawa kecil wartawan.

09 January 2013

HKR KUALA LUMPUR #112 : Apa muslihat Hishammudin?


Mengejutkan!

Malah sungguh tak disangka-sangka!

Melalui dua mesej berturut-turut di laman sosial Twitter milik menteri dalam negeri, Hishammuddin Hussein, dia menyarankan supaya Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur diubah ke Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Alasannya, atas sebab keselamatan selain dia sendiri menganggarkan lebih daripada 35 ribu yang akan hadir pada himpunan tersebut sedangkan itulah angka maksimum yang boleh diisi di dalam stadium yang sudah berusia 55 tahun itu.

Kedua-dua mesej selang tiga minit Hishammuddin terpapar di bawah:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive