09 January 2013

HKR KUALA LUMPUR #112 : Apa muslihat Hishammudin?


Mengejutkan!

Malah sungguh tak disangka-sangka!

Melalui dua mesej berturut-turut di laman sosial Twitter milik menteri dalam negeri, Hishammuddin Hussein, dia menyarankan supaya Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur diubah ke Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Alasannya, atas sebab keselamatan selain dia sendiri menganggarkan lebih daripada 35 ribu yang akan hadir pada himpunan tersebut sedangkan itulah angka maksimum yang boleh diisi di dalam stadium yang sudah berusia 55 tahun itu.

Kedua-dua mesej selang tiga minit Hishammuddin terpapar di bawah:


@HishammuddinH2O Oleh krn kedua2 Stadium telah setuju permintaan Mat Sabu, kalau sasar bgtu ramai lebih baik pilih Bukit Jalil. Itupun klu mrk benar2 ikhlas.

Manakala tweet seterusnya dengan jelas menyatakan bahawa Stadium Nasional lebih sesuai sambil merujuk insiden semasa Bersih 3.0 yang memalukan Umno dan Barisan Nasional (Bn) sendiri.

@HishammuddinH2O: Std Bkt Jalil-sesuai & selamat. X susahkan rakyat. Jadikan Bersih 3 sebagai iktibar....

Bagaimanapun, kedua-dua kenyataan peribadi Hishamuddin pantas dipersoalkan ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dengan mendakwa ia sengaja dibuat bagi cubaan mengelirukan peserta himpunan yang akan hadir Sabtu ini.

@LiewChinTong: Adakah @HishammuddinH2O cuba hentikan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka?

Setakat maklumat ini ditulis, jawatankuasa himpunan kekal dengan keputusannya memilih Stadium Merdeka sebagai tapak himpunan malah pengerusinya yang juga timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu dijangka akan menemui pengurusan stadium itu esok bagi membincangkan langkah-langkah seterusnya termasuk soal logistik dan pergerakan peserta.

Dipercayai Umno lebih rela Stadium Nasional digunakan berbanding Stadium Merdeka kerana kawasan tersebut terlalu hampir dengan ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang terletak hanya kira-kira 300 meter dari stadium tersebut.

Jika Hishamuddin benar-benar ikhlas mahu membantu mengapa baru sekarang dan bukannya tiga minggu lalu apabila jawatankuasa sudah memaklumkan bahawa stadium tersebut digunakan sebagai tempat perhimpunan yang mesti dituju semua peserta dari semua arah.

Rasanya, 'lampu hijau' yang diberikan Hishammuddin sudah terlalu lewat untuk diterima jawatankuasa dan peserta memandangkan ia sepatutnya dimaklumkan sekurang-kurangnya seminggu dan kebetulan pengurusan Stadium Merdeka baru saja memberi kebenaran jam 2.30 petang tadi.

Nampaknya muslihat Hishammuddin kali ini lebih lick tetapi mudah dibaca kerana pemikirannya saling tak tumpah dengan pemimpin Umno lain yang sibuk mencerca pemimpin Pakatan Rakyat kunun tidak mampu melakukan yang terbaik buat rakyat padahal BN sudah 55 tahun diberi peluang namun mereka sendiri mensia-siakannya.

Saya harap jawatankuasa kekal dengan keputusan ini dan tidak termakan dengan 'provokasi' Hishammuddin yang pastinya telah berbincang dengan sepupunya, Najib Altantuya!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive