Showing posts with label Kuala Lumpur #112. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur #112. Show all posts

09 January 2013

HKR KUALA LUMPUR #112 : Apa muslihat Hishammudin?


Mengejutkan!

Malah sungguh tak disangka-sangka!

Melalui dua mesej berturut-turut di laman sosial Twitter milik menteri dalam negeri, Hishammuddin Hussein, dia menyarankan supaya Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur diubah ke Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Alasannya, atas sebab keselamatan selain dia sendiri menganggarkan lebih daripada 35 ribu yang akan hadir pada himpunan tersebut sedangkan itulah angka maksimum yang boleh diisi di dalam stadium yang sudah berusia 55 tahun itu.

Kedua-dua mesej selang tiga minit Hishammuddin terpapar di bawah:

KUALA LUMPUR #112 : Tidak mustahil 1 JUTA akan hadir




Tidak mustahil Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu 12 Januari ini di Kuala Lumpur akan mencapai sasarannya - sejuta orang.

Pendukung PAS sendiri sudah diarahkan oleh pimpinan tertinggi parti supaya datang beramai-ramai ke Ibu Kota untuk menyertai Himpunan itu yang akan berlangsung secara aman dan tertib.

PAS Selangor sendiri, menurut arahan Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Othman, akan menghantar 300,000 orang, suatu jumlah yang sangat memberangsangkan. Negeri lain juga akan menghantar peserta seramai mungkin.

Sebenarnya majoriti rakyat sudah tidak lagi takut menyertai himpunan seperti ini, terutamanya sejak Himpunan Bersih dulu serta Himpunan Lynas, Himpunan Pengerang dan beberapa himpunan lagi. Ternyata semua himpunan rakyat ini berjalan dengan aman dan tertib, tidak ada harta benda awam yang musnah, jualan makanan dan minuman lebih laris dari biasa dan tiada sebarang gangguan terhadap kehidupan harian.

Polis akan kawal Perhimpunan #112 - Pakatan


Polis akan kawal perhimpunan 12 Januari, kata Pakatan
KUALA LUMPUR, — Polis akan mengawal perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR) pada 12 Januari ini dan akan memastikan ianya aman dan menjadi "peristiwa bersejarah", kata penganjur hari ini.
Menurut Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar berkata perhimpunan ini akan menjadi "peristiwa bersejarah" di mana mereka belajar dari peristiwa lepas.
"Ditegaskan tadi dalam perjumpaan, IGP (Ketua Polis Negara) berhasrat ini akan menjadi detik bersejarah, untuk belajar dari kelemahan dan kekurangan program-program terdahulu," kata Saifuddin selepas beliau dan penganjur bertemu dengan KPN, Timbalan KPN dan pemimpin tertinggi polis disini.
"Beliau berhasrat untuk memberi servis terbaik untuk memastikan semua hak yang termaktub dalam undang-undang dan Perlembangan dihormati," katanya.
Beliau mengatakan perbincangan selama satu jam di ibu pejabat Bukit Aman sebagai "kondusif", dan berkata perbincangan adalah sekitar perhimpunan dan Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.
Saifuddin menyeru peserta perhimpunan untuk menyertainya seperti menyertai "pesta".
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang juga berada dalam sidang media berkata polis memberi kerjasama penuh semasa perbincangan.
"Dan mereka (pihak polis) sendiri akan bersama-sama memastikan himpunan 12 Januari...akan berlangsung dalam keadaan aman dan damai.Beliau berkata penganjur perlu menunggu keputusan sehingga tengah hari esok dari Badan Warisan Merdeka sama ada mereka dibenarkan menggunakan Stadium Merdeka untuk perhimpunan tersebut.
Sekiranya ada perubahan tempat, Saifuddin berkata penganjur akan memberitahu polis untuk memudahkan tugas mereka selaku fasilitator.
Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata peserta tidak akan berarak.
Di bawah Akta Perhimpunan Aman, protes jalanan yang didefinasikan perhimpunan di tempat terbuka yang melibatkan perarakan beramai-ramai adalah dilarang.
Mat Sabu hari ini mengulangi bahawa perdana menteri telah berjanji untuk membenarkan perhimpunan aman seperti di Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil.
Gabungan menuntut perubahan pilihan raya Bersih 2.0 cuba mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka pada 9 Julai 2011 tetapi dibatalkan oleh pihak berkuasa pada saat akhir.
Pada perhimpunan ketiga Bersih pada 28 April lalu, kerajaan menawarkan stadium bersejarah tersebut selepas gabungan tersebut memilih Dataran Merdeka tetapi tawaran Putrajaya ditolak kerana dikatakan terlalu lambat.
Perhimpunan 12 Januari ini menyaksikan kumpulan menuntut perjuangan mereka menjelang pilihan raya 2013, termasuk menutup kilang nadir bumi Lynas di Kuantan, membayar royalti lebih adil kepada negeri pengeluar minyak, pendidikan percuma dan pilihan raya bersih dan adil.
-themalaysianinsider

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive