23 January 2013

Ni hampa tolong nasihat sat kat budak ni sekoq ....

Buka Kelab Malam: Bukan Mereka yang Suap Saya Nasi! - Awie

PrintE-mail
  
Wednesday, 23 January 2013 10:25
..
Sekitar hujung tahun lalu heboh di beberapa forum hiburan bercerita mengenai penyanyi rock juga pelakon, Awie dikhabarkan membuka sebuah kelab hiburan di Ipoh, Perak.
Lantaran timbul cakap-cakap mendakwa penglibatan Awie dalam perniagaan itu membuktikan beliau semakin kukuh dalam dunia gangster. Sekaligus beliau turut menerima persepsi negatif tentang ‘rezeki’ dari sumber tersebut.


Bertemu dengan pelakon Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit ini di malam gala tayangan filem tersebut malam tadi, pihak media bertanyakan mengenai sejauh mana kesahihan akan berita perniagaannya itu. Meskipun malaysiandigest.com sebelum ini difahamkan memang betul wujudnya kelab hiburan tersebut tetapi ianya lebih kepada aktiviti live band.

Agak memeranjatkan pihak media yang berada di situ kerana sejurus Awie mendengar soalan tersebut, beliau tiba-tiba naik angin dan berkata,

“Apa salah saya buka club? Hanya kerana saya seorang artis? Kalau macam itu, pergi tanya Tan Sri Jojo, kenapa dia bukak Hard Rock (Cafe), Saloma (Bistro), Concorde. Untuk sembahyang ke?”

Awie turut meminta sesiapa yang mempertikai tindakan beliau untuk membuka kelab malam ini untuk berhenti bercakap dan bukan mereka yang memberi rezeki kepada beliau.

“Mereka tak suap mulut saya dengan nasi!, so better stop this stupid question,” tambah Awie dengan nada kesal.



- mD

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive