23 February 2013

KRISIS LAHAD DATU : Filipina minta Malaysia lanjutkan tempoh sehingga Selasa

Anggota Pasukan Gerakan Am dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
LAHAD DATU: Kerajaan Filipina pada Sabtu meminta tarikh akhir bagi kumpulan bersenjata Kesultanan Sulu untuk meninggalkan Kampung Tanduo dilanjutkan.
Menteri Luar Filipina, Albert del Rasario berkata, beliau ada menghubungi rakan sejawatannya, Datuk Seri Anifah Aman, meminta tarikh akhir pada Jumaat untuk pengikut Sultan Sulu meninggalkan Sabah dilanjutkan sehingga Selasa depan.
Menurutnya, pihak berkuasa Filipina sedang cuba memujuk pengikut Sultan Jamalul Kiram yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo selama dua minggu supaya meninggalkan Sabah.
"Kami harap permintaan itu akan dipersetujui memandangkan usaha untuk memujuk keluarga Kiram supaya mengundur diri dalam keadaan aman," katanya kepada media di Filipina.
Beliau berkata, pihak berkuasa Malaysia memberi jaminan kepada Filipina bahawa mereka tidak akan menggunakan kekerasan terhadap kumpulan terbabit sekiranya meninggalkan Sabah secara aman.
Kira-kira 100 ahli kumpulan Sulu masih lagi berkeras untuk tinggal di Tanduo walaupun hari Jumaat merupakan tarikh akhir mereka sepatutnya dihantar pulang.
Pihak keselamatan Malaysia, telah melebarkan kepungan mereka di darat dan laut sekitar kumpulan berkenaan.

1 comment:

anak malaya said...

siapa-siapa pun rakyat msia ke-penceroboh ke..kalau dah memiliki senjata api mesti di hukum bunuh...apa lg nk buat baik.
polis yg jaga undang-undang pun terkorban ditangan penceroboh bersenjata..
pelihara undang-undang kita
untuk mu malaysia tercinta

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive