05 March 2013

3 jet pejuang F18 dan 5 Hawk digunakan untuk serang Kg Tanduo - Zahid


Tiada Anggota Keselamatan Cedera Dalam Serangan Ofensif Lahad Datu - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan ofensif terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah awal Selasa.
"Alhamdulillah jelas tiada kecederaan langsung (di pihak anggota keselamatan).
"Tapi dalam konteks pihak musuh, itu kita kena tunggu kerana sekarang ini masih dalam operasi," katanya pada sidang media bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Lahad Datu pada Selasa.
Tinjauan Bernama di pekan Chenderawasih yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Felda Sahabat 16 tengah hari Selasa mendapati beberapa ambulans bergerak di sekitar kawasan itu.
Selepas serangan ofensif pada pukul 7 pagi ini, sekitar kawasan itu kini tenang dan terdapat banyak sekatan jalan raya di sepanjang jalan ke pekan dan menuju ke Kampung Tanduo.
Bagaimanapun, bunyi deruan helikopter masih kedengaran di ruang udara kawasan itu dan di perairan pula kelihatan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuat rondaan.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pasukan tentera menggunakan tiga jet pejuang F18 dan lima Hawk dalam serangan ofensif terhadap perkampungan yang menjadi kawasan pihak penceroboh.
Beliau berkata, inilah adalah kali pertama operasi bersama antara ATM dan PDRM dan pihaknya sedang menjalankan usaha untuk menambah kekuatan anggota di kawasan itu.
"Apa yang ingin kami khabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kepercayaan yang diberi kepada ATM untuk lakukan operasi sebaik ini dan untuk pertahankan negara telah memberi keberhasilan," katanya.
Ahmad Zahid berkata, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) akanmemberikan bantuan kemanusiaan, antaranya keperluan bekalan makanan kepada penduduk di Kampung Tanduo bagi memastikan mereka tidak menghadapi kesulitan.
Beliau berkata, hubungan antara Malaysia dan Filipina tidak terjejas berikutan insiden itu kerana ia hanya membabitkan sekelompok rakyat Filipina yang tidak mendapat restu daripada kerajaan negara itu.
"Apa yang penting hubungan yang baik antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina tetap dipertahankan," katanya.
Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi Hotline di Ibu Pejabat PolisKontinjen Sabah melalui talian 088-318555, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu (089-881255) atau IPD Semporna (089-782020) untuk sebarang pertanyaan. - BERNAMA


Protes di Manila, bakar foto Najib
4:53PM Mac 5 2013
Aktivis Filipina mengatakan protes di hadapan Kedutaan Malaysia di Makati City, Manila, mendesak supaya ditamatkan keganasan terhadap kumpulan bersenjata yang menyokong Kesultanan Sulu di Sabah.

NONEMenurut laporan ANS-CBN News, mereka turut membakar gambar
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.

Kira-kira 100 penunjuk perasaan berkumpul di luar kedutaan pagi ini sejurus selepas pasukan keselamatan Malaysia mula menyerang Kampung Tanduo, Lahad Datu tempat tentera Kesultanan Sulu berkubu.

Penunjuk perasaan itu terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang berbeza. Sebahagian daripada penunjuk perasaan itu jelas
menyokong Kesultanan Sulu, dengan menyifatkan tentera Sulu di Sabah sebagai "Syahid Tausug".

Manakala yangNONElainnya mendesak kerajaan Filipina memulihkan tuntutan negara itu ke atas Sabah.

Connie Bragas-Regalado, yang mengetuai kumpulan hak migran Filipina - Migrante -  memberitahu portal berita Filipina, Inquirer.net bahawa tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah "benar-benar sah".

Kumpulan itu beredar secara aman sebelum tengah hari, tetapi memberi amaran bahawa akan ada lebih banyak lagi protes.

Kedutaan ditutup pagi ini. Kira-kira 50 anggota polis memantau protes tersebut.


20 mayat pengganas Sulu ditemui setakat ini di lokasi serangan

LAHAD DATU 5 Mac - Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.

Sumber Utusan Online memberitahu, operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas.


Polis Percaya Masih Ada Musuh Bersembunyi Di Kampung Tanduo - KPN
LAHAD DATU: Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hatibagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.
"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar, Selasa.
Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan serangan ofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.
Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.
"(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu,sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi," katanya.
Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugat ketenteraman awam di Sabah.-BERNAMA

'Tiada bukti pejuang Moro juga akan serang Sabah'

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan bahawa pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mungkin membantu menentang pasukan keselamatan Malaysia yang melancarkan operasi terhadap 'Tentera Diraja Sulu' di Lahad Datu, Sabah.

NONEBercakap dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat di Lahad Datu petang tadi, Zahid berkata perkara itu tidak perlu dilayan kerana tiada bukti mengenainya.

Bekas ketua propaganda MNLF, Hadji Acmad Bayammendakwa dalam laporan media Filipina bahawa bekas komander MNLF yang menetap di Sabah selama beberapa dekad, akan membantu penceroboh Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Acmad juga mendakwa wujudnya simpanan senjata di Sabah yang mereka akan ambil untuk tujuan ini.

Zahid berkata pasukan keselamatan sedang menumpukan pada Kampung Tanduo sekarang, tetapi akan bertindak segera jika terdapat maklumat mengenai pencerobohan lain.

"Jika ada tempat-tempat kita dengar ada pencerobohan, angkatan tentera dan polis sentiasa bersedia," katanya.

Misuari nafi dakwaan

InterAksyon.com, portal berita dalam talian TV5 di Filipina, hari ini memetik MNLF pengasas Nur Misuari sebagai menafikan terbabit dalam percubaan kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah dengan menghantar lebih daripada 200 pengikutnya ke negeri itu.

NONEMisuari, yang mengunjungi Sultant Sulu Jamalul Kiram III di kediamannya Kampung Maharlika di Taguig City, berkata cakap-cakap mengenai penglibatannya "semuanya adalah spekulasi liar".

Sementara Misuari mengakui bahawa sesetengah daripada kalangan penceroboh bersenjata di Sabah adalah "pejuang kebebasan," MNLF, tetapi beliau berkata penglibatan mereka adalah tanpa pengetahuannya.

Pada hari Isnin, Presiden Benigno Aquino mendakwa terdapat "konspirasi" di belakang pencerobohan pengikut kesultanan Sulu dan berikrar untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab.

Bagaimanapun, Aquino mengakui beliau tidak mempunyai bukti yang cukup lagi untuk menyebut nama-nama.

[Baca berita penuh]
1. 'Pejuang Moro dilapor akan bantu penceroboh Sulu'


Jurucakap kesultanan Sulu nafi Azzimudie terbunuh
5:23PM Mac 5 2013
Kesultanan Sulu menafikan laporan akhbar Malaysia bahawa Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu, telah terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia pagi ini.

azlanMenurutInterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5, jurucakap kesultanan Abraham Idjirani telah bercakap dengan Azzimudie melalui telefon di hadapan pemberita semasa taklimat media di Manila petang ini.

"Datu Raja Muda (Azzimudie) dan para pengikutnya semua masih hidup," Idjirani dipetik sebagai berkata.

Beliaumengumpamakan Azzimudie "seperti musang", kerana dia sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengelakkan pasukan keselamatan Malaysia.

Utusan Malaysia,
 dalam SMS berita petang ini, memetik sumber tentera sebagai berkata Azzimudie dipercayai telah terbunuh dalam serangan udara hari ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive