5 Mac 2013
SHAH ALAM - Kerabat Kesultanan Sulu menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa pemimpin pembangkang mendalangi pencerobohan warga selatan Filipina ke atas Lahad Datu, Sabah, yang berlarutan sehingga sekarang.
“Kami tidak ada kaitan dengan pembangkang Malaysia dan tidak pernah bercakap dengan mana-mana pihak pembangkang sekalipun,” kata puteri Sultan Sulu Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram dipetik interaksyon.com, hari ini.
Tiga hari lalu, PKR menolak sama sekali mana-mana media tempatan mahupun luar negara yang mengaitkan insiden penceroboh di Lahad Datu awal bulan lalu mempunyai kaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, seolah-olah menjadi trend ketika ini apa sahaja insiden yang berlaku di negara ini semuanya mempunyai kaitan dengan Anwar.
Sebelum ini, media Filipina dipetik melaporkan, perisikan Filipina mendapati individu dalam pembangkang sebagai dalang kepada isu di Lahad Datu.
Beliau turut menafikan dakwaan Presiden Benigno Aquino III kononnya berlaku konspirasi berhubung biaya pelayaran kira-kira 200 pengikut Sultan Sulu ke Sabah.
Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani berkata, perbelanjaan pengikut ke Sabah adalah atas tanggungjawab pengikut sendiri.
Beliau turut menyelar andaian Aquino yang didakwa penuh dengan analogi andaian dan kenyataan yang berbentuk spekulatif sehingga berani mendakwa berlaku konspirasi.
Semalam, Anwar berkata, Utusan Malaysia dan TV3 bakal berhadapan dengan saman RM200 juta jika enggan membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkan Ketua Pembangkang itu.
Tempoh 24 jam, yang bermula semalam.
Anwar menuntut Utusan dan TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka.
Beliau yang diwakili firma Daim & Gamany menggesa Utusan membuat permohonan maaf ekoran laporan pada muka hadapannya bertarikh 2 Mac dengan
judul "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?" Dan di muka 10 akhbar itu berjudul "Tiga kumpulan jadi dalang".
TV3 juga dikatakan menggunakan istilah dalang dalam mengaitkan Ketua Umum PKR itu dalam insiden tersebut.

No comments:
Post a Comment