09 March 2013

Keadaan Dua Polis Komando VAT 69 Yang Cedera Stabil



Dua polis komando VAT 69 yang cedera dilapor stabil.
IPOH: Dua anggota polis komando VAT 69 yang cedera dalam pertembungan dengan lelaki bersenjata Sulu di Lahad Datu dan Semporna berada dalam keadaan stabil.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Kpl Azman Ampong, 39, menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
"Doktor memerhatikan perkembangan kesihatan mereka dan akan memutuskan bila untuk membuang serpihan peluru hancur dari badan mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat komando di hospital itu di sini, Sabtu.
Lee berkata Azman, yang mengalami kecederaan pada tulang belakang akan dipindahkan ke Pangkalan TLDM Lumut untuk rawatan lanjut.
"Pengkalan tentera laut mempunyai peralatan perubatan diperlukan yang boleh merawat kecederaan dengan lebih berkesan," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive