15 March 2013

Lahad Datu : 8 Rakyat Asing Naik Bot Laju Ditahan di Sg Bilis - Hamza



LAHAD DATU: Lapan rakyat asing yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan ketika memasuki Sungai Bilis, di sini tengah malam Khamis.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata turut dirampas bersama lelaki berusia 17 dan 29 tahun itu ialah wang tunai berjumlah 369,000 Peso (RM28,000) dan tong kosong.
"Kami kini menyiasat tujuan mereka masuk ke kawasan larangan dan mereka kini ditahan mengikut Akta Imigresen kerana tiada dokumen peribadi. "Jika perlu kami akan tahan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Jumaat.
Beliau berkata sehingga 5 petang ini, 97 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 manakala 233 orang ditahan kerana memasuki zon larangan Operasi Daulat.
Pasukan keselamatan juga menembak mati 61 musuh dan 27 daripada mayat pengganas itu telah dibawa keluar dari zon merah.
Hamza berkata Operasi Daulat, yang memasuki hari ke-11, kini bertumpu di Tanjung Batu manakala kawasan di Kampung Tanduo dan Sungai Nyamuk telah dibersihkan.
"Kami percaya pengganas kini bergerak dalam kumpulan kecil," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zaki berkata dalam tempoh 48 jam sehingga 5 petang ini tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas. -BERNAMA

Lahad Datu: Azimuddie Berjaya Larikan Diri, Tinggalkan Pengikutnya- Panglima Angkatan Tentera


Azzimudie Kiram (kiri) bersama pengikutnya
KOTA KINABALU: Ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram telah berjaya meninggalkan Malaysia dan kembali ke tempat asalnya di selatan Filipina, kata Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin
Beliau berkata pasukan keselamatan membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisa maklumat yang diterima daripada sumber risikan.
"Azzimudie telah meninggalkan pengikutnya dan
"Azzimudie telah meninggalkan pengikutnya dan dia telah pulang ke tanah airnya," kata Zulkifeli dalam satu sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada lewat petang Jumaat.
Ismail berkata daripada maklumbalas daripada pasukan komander keselamatan di lapangan menunjukkan bahawa Azzumudie tidak lagi bersama-sama dengan pengikutnya di sini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive