01 March 2013

Lahad Datu Kini Dikenakan Perintah Berkurung



PETALING JAYA: Perintah berkurung telah dikenakan di banda Lahad Datu dan kawasan sekitar dari pukul 4 petang Jumaat berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo selepas pencerobohon selama 23 hari.
Seorang jurucakap polis berkata, perintah berkurung itu bagi memastikan keselamatan awam.
“Ia merupakan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami berharap orang ramai dapat mengikutinya dan memberi kerjasama dengan pasukan keselamatan,” katanya.
Turut difahamkan hanya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang berkuasa untuk mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu.

1 comment:

bloglist malaysia said...

HEBAHAN - Salam.. Link baru untuk Bloglist Malaysia ialah http://bloglist-malaysia.blogspot.com/ Harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive