04 March 2013

LAHAD DATU : Penceroboh Tanduo kini memasuki Kg Tg Batu dan Tg Labian


Penduduk kawasan Tanjung Batu dan Tanjung Labian meninggalkan kampung mereka beramai-ramai hari ini ekoran dakwaan bahawa kumpulan penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo membolosi kawalan pihak keselamatan.

Seorang penduduk kampung Gabril Asakil, 48, berkata seramai 50 orang penceroboh memasuki kampung mereka di Tanjung Batu untuk mendapatkan barangan keperluan.

Katanya, penduduk kampung keluar daripada kampung pada waktu malam dan hanya akan kembali pada waktu pagi.


"Apabila kami pulang pada waktu pagi, kami dapati mereka sudahpun menduduki kampung kami," katanya.

Gabril berkata beliau pasti bahawa golongan yang menawan kampung tersebut merupakan penceroboh dari Kampung Tanduo dan perkara ini disahkan oleh penduduk yang tidak dapat melarikan diri.

“Penceroboh itu menghantar dua orang daripada orang kampung kami untuk membeli makanan, tapi tentulah mereka melarikan diri.

"Mereka memberitahu kami orang ini memang penceroboh dari Kampung Tanduo," katanya.

4 comments:

Anonymous said...

dah ramai polis mati baru nak bawak kereta perisai le...apasal tak arahkan dari awal...hari itu kata dah dikepung ..tapi macam mana boleh terlepas...jahanam negqra kalau beri umno-be end terus perintah...

Anonymous said...

Trnyata pihak media trutamanya tv3 tak telus dlm mlaporkan prkembangan..keadaan agak genting..tp knapa prgerakan kwalan kselamatan nmpak slow..klu kwalan ketat nape sng2 je dorg dpt bkalan mkanan..ptutlh pnceroboh xkesah khabisan mknan..sbenarnye sng nk dptkn bkalan..dh msuk kmpung dh pun..

Anonymous said...

Tolong jangan beri kenyataan yg menunjukkan kedangkalan ilmu pengetahuan..duduk diam dan biar pihak polis dan atm buat kerja mereka..tak perlula komplen tv3 tak telusla,umno la..kalu nak sangat dilapor secara detail baik puak2 yg suka komplen ni masuk geng yang mengaku kesultanan sulu tu..buat laporan dengan mereka,bagitau mereka segala yang berlaku secara terperinci..alang2 nak buat geng ni dapat maklumatkn..joinla mereka ni agar senang pihak polis sumbat sekali dalam lokap..takpun terkorban sekali..

Anonymous said...

Akupon dh mls nk tgk Berita TV3.. pembelit kuat.. dr dulu sampai skrg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive