13 March 2013

Najib hang cerita mai sat, kot mana mai wakil "Kesultanan Sulu" di AGM UMNO?


Harakahdaily,13 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Majlis Pakatan Rakyat Sabah mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kepada rakyat apakah agenda sebenar pertemuan beliau dengan pihak yang medakwa diri mereka "Sultan Sulu" mahupun wakilnya yang dijemput ke perhimpunan agung Umno dan majlis-majlis lain.


(Gambar yang tersebar di internet mendakwa Najib bersama pihak Kesultanan Sulu)

Dalam satu kenyataan bersama semalam, mereka juga menuntut Najib segera memanggil sidang khas parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan di Lahad Datu seperti yang dituntut pimpinan Pakatan Rakyat.


Kenyataan tersebut ditandatangani Ahamd Thamrin Jaini  Pengerusi PKR Sabah selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Sabah, Jimmy Wong  Pengerusi DAP Sabah, DSP Lajim Ukin Presiden PPPS, DSP Wilfred Bumburing Presiden APS dan Aminudin Aling Pesuruhjaya PAS Sabah.

Mereka yang bermesyuarat khas membincangkan isu pencerobohn di Sabah berkata, sehingga kini belum menampakkan tanda-tanda kes tersebut akan selesai dengan mudah apatah lagi terbaru, ada lagi anggota keselamatan terkorban.

Berikut adalah tuntutan lain yang diputuskan Majlis Pakatan Rakyat Sabah:

1. Meminta Kerajaan Pusat memberikan penjelasan kenapa kumpulan penceroboh dapat membolosi sisitem pertahanan negara dengan begitu mudah di Sabah.

2. Mendesak Datuk Musa Aman selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri membentangkan kertas putih dalam Sidang Dewan Undangan Negeri secepat mungkin. Majlis Pakatan Rakyat Sabah menyokong tindakan ADUN DAP Sri Tanjung Yb Jimmy Wong Sze Phin yang meminta sidang dewan undangan negeri khas diadakan dengan segera.

3. Mendesak diadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan kerajaan negeri dengan pimpinan pembangkang dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.

4. Meminta kerajaan pusat dan negeri untuk menjelaskan kepada rakyat Sabah status tuntutan kesultanan di atas sebahagian negeri Sabah dan kenapa bayaran tahunan masih diteruskan.

5. Mendesak supaya Dato Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri, Dato Seri Hishamuddin Hussien selaku Menteri Dalam Negeri & Dato Seri Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan dan Datuk Musa Aman selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri  untuk meletak jawatan di atas kegagalan mereka menghalang dan menangani tragedy ini sehingga menyebabkan nyawa perwira Negara terkorban, kerosakan harta benda dan ekonomi terjejas.

6. Menarik balik tuduhan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang di sebalik pencerobohan di Lahad Datu

1 comment:

Anonymous said...

fuyoooo...dua orang pemimpin ni nampak bukan main rapat....macam adik beradik pulok...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive