KUALA LUMPUR:
Haji Musa Abdullah atau Jeneral Musa dipercayai sosok utama di sebalik peristiwa pencerobohan Sabah,ditembak matidi Lahad Datu lima hari yang lalu.
Polis dan jabatan forensik telah mengesahkan kematiannya berdasarkan laporan bedah siasat hari ini.
Kematiannya telah dianggap sebagai perkembangan penting pertembungan antara pasukan keselamatan Malaysia dengan penceroboh bersenjata di Lahad Datu.
Sebelum kematiannya disahkan, terdapat beberapa spekulasi berkaitan kematian Musa. Sewaktu dunia digemparkan dengan kekecohan lewat berita kematiannya, ramai yang tertanya-tanya: Siapakah Haji Musa Abdullah dan mengapa kematiannya dianggap sebagai satu kemuncak dalam pertempuran tersebut?
Musa, salah seorang daripada dua anggota yang direkrut Jabidah, juga merupakan antara 13 penduduk Kampung Simunul yang mendarat diLahad Datudengan 200 bala tentera mereka bulan lepas.
Walaupun Raja Muda Agbimuddin Kiram (pewaris Kesultanan Sulu) dipercayai pemimpin pengganas di Sabah, tetapi sebenarnya dialah orang sama yang merangka perancangan di sebalik pencerobohan di Sabah, kata penduduk Kampung Simunul kepada Rappler, sebuah portal berita dalam talian yang berpangkalan di Filipina.
Dalam portal berita itu, artikel bertajuk "Jabidah recruits plotted standoff ", melaporkan bahawa Musa telah menghidupkan semula Oplan Merdeka secara rahsia.
Oplan Merdeka adalah sebuah operasi yang dibentuk oleh angkatan tentera Marcos untuk menghantar rekrut beragama Islam untuk menyerang Sabah pada tahun 1968. Operasi itu kemudiannya dimansuhkan.
Musa, timbalan ketua Angkatan Kesultanan Diraja (RSF), satu pangkat di bawah Raja Muda merupakan seorang pemimpin yang lebih berada di barisan depan berbanding Agbimuddin.
Akmad Ibnohasim, ahli RSF yang tidak menyertai pencerobohan Sabah berkata, Agbimuddin jarang melawat kem mereka walaupun terletak hanya satu kilometer dari rumahnya.
Beliau berkata, Musa yang telah mengajar mereka peraturan tentera.
"Dia (Musa) mengajar kami perancangan tertentu, memberi taklimat kepada kami tentang kaedah-kaedah dan peraturan ketenteraan, bagaimana untuk melakukan tugas sebagai tentera dan bagaimana untuk mengikuti undang-undang ketenteraan," tambah Ibnohasim.
Rappler melaporkan, Musa hidup sebagai pesara sehingga bulan lepas dan sempat mengucapkan "selamat tinggal" kepada isterinya sebelum berangkat ke Sabah.

No comments:
Post a Comment