06 May 2013

Pertembungan PAS Dan PKR Pada PRU13 'Makan Diri'



E-mailPrint
alt
KUALA LUMPUR 6 May - Pergelutan antara parti komponen pakatan pembangkang dalam perebutan dibeberapa kerusi yang dipertandingkan pada PRU13 dilihat seperti 'memakan' diri sendiri.

Menurut keputusan rasmi yang diperoleh, pertembungan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS di lima kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Selangor, Terennganu dan Kedah menyaksikan keputusan kalah di semua kawasan.

DUN Sungai Acheh, kerusi paling panas dalam pergelutan PKR dan PAS menyaksikan Badrul Hisham Shaharin (PKR) memperoleh 6,083 undi manakala Mohd Yusni Mat Piah dari PAS mendapat 690 undi sekaligus hilang wang deposit.

Kedua-dua calon tersebut tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Mahmud Zakaria dengan 6,891 undi.

Di Selangor, pembangkang boleh mendapat majoriti mudah DUN Kota Damansara sekiranya PAS dan PKR bergabung, walaubagaimanapun kedua-duanya tewas kepada Halimaton Saadiah dari BN dengan jumlah 16,860 undi.

PAS meletakkan Ridzuan Ismai dengan perolehan undi sebanyak 7,312 manakala Mohd Nizar Hashim mendapat 14,860 undi di DUN tersebut serta tiga calon Bebas lain hilang deposit ekoran kekutangan undi.

DUN Panti di Johor pula menyaksikan Datuk Baderi Dasuki (BN) mendapat 12,174 undi manakala Azlisham Azahar dari PAS dan Moh Annuar Mohd Salleh dari PKR masing-masing memperoleh 2,004 dan 758 undi.

Dua kerusi DUN di Terengganu, Bukit Besi dan Kota Putera turut memperlihatkan keputusan yang sama dengan kedua-duanya dimenangi BN.

Sementara itu, Rozman Isli dari BN memperoleh 12,694 undi mengalahkan calon PAS, Ridzuan Ismail dengan 336 undi dan Tan Sri Ibrahim Menudin dari PKR dengan 6,069 undi di Parlimen Labuan

6 comments:

orgjitra said...

Semasa mengikuti ceramah PR kami dijanjikan tidak ada pertembungan antara calun Pas dan Pkr.....sebaliknya apa yg terjadi?????????kalau muafakat tentu menang mudah di Kota Damansara 14k + 7k....

JeboN said...

Hj. Hadi?????? Anwar??????

[PAS sibuk nak kerusi dpd PKR]

1] Sepatutnya takda isu tiga penjuru. Kerusi DAP takda masalah pertembungan. PAS & PKR sepatutnya selesai berminggu-minggu sebelum penamaan calon. Pasai BN jd bebas, p lantaklah depa. Hj.Hadi dok sibuk pukui canang kata calonX2 semua dah select. Tapi hampehh... dia pun dah start melalut niee...

2] Org Yusni Mat Piah blh lagi berkempen. Padahal Presiden dah kata jgn bertanding. Yg presiden pulak tak tegur dia utk turun sama berkempen dgn Pakatan. Compare dgn Chegu Bard, pernah ka Yusni Mat Piah ni masuk dlm. Bila demo, kecoh nak bagi ucapan. Bukan main jaga penampilan. Bila p berperang, dia lari dulu menghilang. Org dok sibuk nak berperang, dia sibuk pukul gendang tambah calon [bini]. Dah kono tarik diri, pasai apa banner dia dok lekat kat bilik-bilik gerakan PAS. Pemuda Pinang kono tukar pemimpin!!!! Lagi satu, jgn la pasai hang Ketua Pemuda, PAK hang blh suka-suka jual Harakah betuiX2 dlm dewan solat utama Masjid Batu. Akai ada ka.

3] Macamana Hj. Hadi boleh ckp seantero dunia [rakaman video] pasai hal dalaman Pakatan. Ada ka p kata PKR hantar calon Pengedar Pil Kuda & Penyokong Komunis. Eye to eye dengar Anwar sudahlah. Kasi settle. Ni ka lebai yg kita nak pakai. Sebab tue org dok sokong Nik Aziz lagi. Sebab setiap kata dijaga dan ada maksudnya. Hal bulu dlm kain Xdak di kecohnya. Btw, semua org tak maksum. So, Hj. Hadi mulut mau jaga.

4] PAS Kedah ramai dah tau masalah dalaman sejak 4 tahun lps. Pasai apa Hj. Hadi tak turun padang kasi settle. Hang pemimpin. Negeri haru, pusat mai la bantu. Then calonx2 yg buat kerja dan diterima masyarakat setempat, pasai apa p guguq. Memang Abg Mat Sabu glamer. Tapi setakat menang sorak, hati dlm rakyat terguris sendiri mau ingat la Hj. Azizan sama Hj. Hadi. Muhasabah la.

5] N9 malu sungguh. Mcmana DAp blh sapu bersih kemenangan, PAS blh sapu bersih kekalahan. Buat kerja ka idak. Ke seronok menang sorak. Jgn dok sibuk gaduh kerusi dgn PKR, konon-konon hangpa lebih layak hantar calon, tapi hampehhhh.....

Buat saf-saf kepimpinan, renung-renungkan dan muhasabahlah. Check & Susun balik saf. Jgn ingat jemaah semua dah mai, sembahyang blh start. Imam teguq la makmum utk rapat saf, lurus saf & jgn lupa tutup hp klu jemaah X retiX2/ faham bahasa. Jgn dok biaq jer.

Ok then, adios.

Malaysiabaru said...

haram vabi hadi vabi sjak dulu liabiliti kpd suatu 'pergabungan' dia one man show ( dgn bini bini dia la) kalah dah satu kebiasaan dah bagi hadi

PAS paling teruk dlm pakatan 2 naib presiden mapuh kerah !!!

vabi punya ularmak paslu

Kawasaki Z800 said...

Presiden PAS bacul sebab takut nak pecat ahli yang bertanding di kerusi bertindih dengan komponen PR yang lain. Kalau macam ni perangai presiden PAS, ada baiknya beliau dijatuhkan dalam Muktamar PAS yang akan datang. TAKBIR.......

Anonymous said...

undi DAP la ada jaminan menang trus. Menang undi majoriti.

PHD malayu sesama malayu dok ada lagi. ( Objektive dan strategi malayu tidak jelas, dulu kini...
etc. Yang jadi calon melompak atas kepala YDP pun ada lagi.

Betulkan niat kalau mau ubah untuk melihat cahaya islam.

Anonymous said...

Tg harun din,hj hadi,us azizan,harun taib dan karpals singh mesti di pecat dari pas dan dap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive