JAKARTA - INDONESIA. Pemain bola sepak kebangsaan Indonesia, Greg Nwokolo didakwa melakukan penganiyaan dan cubaan merogol seorang wanita Jumaat lalu.
Menurut laporan polis yang dibuat mangsa, Rahelia Geby, 25, Nwokolo telah mengajak dan menginap di kediamannya di Jakarta Selatan.
Tambah mangsa, sebelum menginap, Nwokolo mengajak Geby dan dua rakannya ke sebuah kelab malam di Senayan.
Sebaik pulang dari kelab malam, Nwokolo telah meminta Geby tidur di biliknya.
Dipetik dari Kompas.com, Geby turut mengakui, ketika di dalam bilik tidur itulah Nwokolo melakukan perbuatan tidak senonoh kepadanya.
"Saya tak tahu, (Nwokolo) ajak saya berhubungan, tapi saya menolak. Dia marah dan terus memukul saya di muka," katanya.
Sementara itu, peguam Geby, Frans Paulus turut menggesa supaya Nwokolo ditahan segera.
Nwokolo merupakan pemain berasal dari Nigeria dan telah mendapatkan taraf kewarganegaraan Indonesia.- Sinar
No comments:
Post a Comment