Zed Zaidi
Zed Zaidi
PRESIDEN Persatuan Seniman, Zed Zaidi hari ini mengesahkan bahawa kemasukan pelakon Indonesia, Julia Perez ke negara ini untuk menjalani penggambaran adalah tanpa permit sah.
Menurut Zed Zaidi, perkara itu sudah dirujuk kepada bahagian pelesenan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
“Saya telah semak dengan bahagian pelesenan Finas untuk pengesahan permit Julia Perez.
“Jawapan Finas, ada permohonan SPP atas tajuk filem ‘Sentuhan Malam Pertama’ tetapi tiada permohonan Pekerja Filem Asing (PFA) atas nama Julia Perez,” katanya melalui akaun Twitter.
Beliau menjelaskan bahawa di bawah syarat Padu Citra, Julia wajib menjadi ahli bagi salah satu daripada tiga persatuan yang diiktiraf oleh Finas.