'Anak ayam' gred A ditahan
Wanita yang ditahan dalam operasi di sebuah hotel berhampiran Jalan Tun Ali, awal pagi kelmarin.
MELAKA - Selepas enam bulan cubaan gagal, Jabatan Imigresen negeri akhirnya berjaya menyerbu sebuah hotel berhampiran Jalan Tun Ali, di sini, hingga membawa kepada penahanan 16 ‘anak ayam’ gred A, awal pagi kelmarin.
Mereka, masing-masing 12 warga Vietnam dan empat warga Thailand ditahan dalam serbuan oleh penguat kuasa Jabatan Imigresen, dalam operasi bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), kira-kira jam 1.15 pagi.
Serbuan turut disertai tujuh agensi lain termasuk Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu turut menahan sorang wanita dipercayai ‘ibu ayam’ berusia 52 tahun.
Penahanan itu juga menyebabkan wanita dari Vietnam itu hanya berputih mata selepas keuntungan berjumlah RM744 dirampas dipercayai hasil urus niaga aktiviti seks pada malam tersebut.