EVENT ORGANISER

Treasure Hunt - Amazing Hunt ... please call 69Event dot com at 013.2999.666

14 January 2013

[Artis] Pengarah ajak Zeehan teman tidor untuk dapat watak utama



























SATU lagi berita yang mengemparkan industri hiburan tanah air menghiasi muka depan akhbar  hari ini. 
Laporan menyebut, seorang artis baharu, Zeehan Husin mendedahkan budaya kotor dunia seni tanah air masih berlak apabila dia dikejutkan dengan permintaan seorang pengarah terkenal untuk menjadi peneman tidur semata-mata bagi mendapatkan watak utama dalam drama arahannya.

Zeehan, 30, yang pernah muncul dalam drama bersiri seperti Pesona Sukma, Nur Kasih, Aku Tak Gila, Lela Manja dan Wanita Coklat itu bagaimanapun menolak permintaan tersebut.

"Saya masih waras. Hingga kini saya tidak lagi ditawarkan berlakon oleh pengarah itu," katanya yang mendakwa, ada artis baharu lain yang dipercayai telah menjadi mangsa pengarah tersebut.

Sementara itu dalam laporan berasingan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa penggiat seni tanah air yang berdaftar di bawahnya supaya segera melaporkan kepada mereka sekiranya pernah diminta habuan seks untuk tindakan termasuk disenaraihitamkan.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, mereka yang menjadi mangsa kepada tindakan tidak bermoral segelintir pengarah ataupun penerbit drama dan filem itu perlu memberanikan diri untuk tampil melaporkan kes seumpama itu.

Menurutnya, mangsa boleh melaporkan kes kepada Biro Aduan dan Perundangan Seniman supaya tindakan selanjutnya dapat diambil. Seniman akan merujuk kepada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bagi menentukan sama ada terdapat ahli mereka yang terlibat.

Menurut Zed, Seniman memerlukan kerjasama semua pihak untuk membendung masalah tersebut yang telah berlarutan begitu lama walaupun hanya melibatkan segelintir pihak. (MD)

1 comment:

Anonymous said...

Boikot? kenapa nak boikot, bukankah malaysia ini negara bebas, suka hati dia lah nak sokong siapa2. kalau nak boikot pasal seseorang tu sokong parti dia,tak payah undi pr, tak payah undi pas, tak payah undi rocket, tak payah undi parti bebas. bagus undi komunis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive