02 November 2013

Dewi Sandra [Artis Indon] Berasa Tenang Selepas Berhijab


Dewi semakin tenang selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan imej seksinya sebelum ini.
PENYANYI dan pelakon terkenal Indonesia, Dewi Sandra berasa lebih tenang selepas melakukan penghijrahan dalam hidupnya selain sudah menutup aurat.
Bercakap kepada portal Kapan Lagi, Dewi berkata, sebelum mengambil keputusan untuk mengenakan tudung dia tidak pernah bimbang akan kehilangan populariti dan tawaran kerana berserah sepenuhnya kepada Allah.
"Saya bertawakal dan berserah kepada Tuhan selain sentiasa bersangka baik kepada-Nya. Hidup saya kini lebih tenang dan cukup gembira dengan perubahan ini," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Dewi berkata, rezekinya dalam bidang lakonan dan nyanyian juga semakin bertambah sejak memakai tudung.
"Alhamdulillah bayaran yang saya terima selepas berhijab di luar bayangan saya sebelum ini," katanya.
Dewi yang baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem Coboy Junior bakal memasuki set 99 Cahaya Di Langit Eropah dalam masa terdekat ini.
Bekas isteri Surya Saputra ini turut menjelaskan dia kini lebih mendekatkan diri dengan Allah selain banyak mempelajari ilmu agama.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive