03 November 2013

PRK Sg Limau : Anwar ditolak di Sg Limau?

WAH! Betullah Anwar ditolak penyokong PAS di Sg Limau

Wah!! Betullah Anwar Ibrahim ditolak Penyokong PAS Sungai Limau. tengok gambar-gambar ni..


Pagi sebelum Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjejakkan kakinya ke kawasan DUN Sungai Limau, sebuah Blog Pro UMNO telah mendakwa kononnya penyokong PAS Sungai Limau menolak kehadiran beliau.

Ini kononnya menurut beliau berikutan dari tiga keping banner yang dakwa beliau telah digantung oleh beberapa orang penyokong PAS di DUN tersebut.
Kononnya menurut beliau sentimen penolakan Anwar di Sungai Limau semakin menjadi-menjadi apabila  sekurang-kurangnya 3 banner protes Anwar ke sini telah dinaikkan oleh penyokong Pas Sungai Limau.

Oleh itu beliau mentafsirkannya sebagai "Ini bermakna penyokong Pas di Sungai Limau menolakan kedatangan Anwar untuk berkempen disini. Anwar Ibrahim dijangka datang hari ini dengan membuat ceramah di Dulang Kechil salah sebuah kubu kuat BN di Sungai Limau.."

Semalam sebagaimana yang telah dirancang dan disusun Program Anwar di Sungai Limau, program telah dijalankan seperti biasa..

Lebih kurang jam 4.45 petang kami telah bertolak dari Yayasan Aman, Penanti bersama-sama dengan Anwar Ibrahim dan juga para pengawal peribadinya dalam tiga buah kereta yang berlainanan.

Dari seawal ketibaan kami ke Tol Gurun lagi 'Penolakan' itu tellah dirasai, disitu telah bersedia menanti beberapa buah Super Bike dari ARC untuk mengiringi kami ke Sungai Limau.











Setibanya rombongan kami ke Kampung Selengkoh untuk program Hi Tea, Kami melihat Anwar Ibrahim memang ditolak oleh ramai penduduk di Kampung tersebut.

Penolakan tersebut terbukti bilamana 30 orang telah menyerahkan borang bagi menyertai KeAdilan Ranting Kampung tersebut dan hanya seorang dua yang menanti dan menyambut kehadiran Anwar Ibrahim disitu..











Begitu juga untuk program tazkirah Maghrib di Masjid Batu 16, Padang Lumat.. tiada penduduk kampung yang kelihatan mendengar tazkirah yang disampaikan Anwar..











Begitu juga dengan program makan malam di Bilik Gerakan Utama KeAdilan di Kampung Setia Jaya, Ulu Sedaka.. Anwar terpaksa makan seorang diri keran dirinya sudah ditolak oleh penyokong PAS disitu..











Dan penolakan oleh penyokong PAS terhadap Anwar terbukti benar dan amat jelas kelihatan program Perjumpaan dengan masyarakat Cina di Pekan Sungai Limau..

Malah penolakan yang lebih besar juga kelihatan dalam ceramah Perdana di Simpang Tiga Sungai Limau Luar dan juga Ceramah Perdana di Dulang Besar...

Saksikan.. bagaimana Anwar Ibrahim ditolak oleh penyokong PAS Sungai Limau...











Lagi gambar-gambar Anwar Ibrahim ditolak oleh Penyokong PAS Sungai Limau korang lihatlah di SINI..

..... Ditolak kononnya... kah. kah.. kah... sudah-sudahlah dengan propaganda murahan tu wahai macai.. daripada hang buat propaganda murahan tu lebih baik hang tolong pegang torchlight kat Mukhriz suluh batas jalan tengah-tengah bendang tu..
http://darisungaiderhaka.blogspot.com


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=100212:wah-betullah-anwar-ditolak-penyokong-pas-di-sg-limau&Itemid=2#ixzz2jYE23x5J
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

1 comment:

Anonymous said...

kami dengar mereka yang datang semua cakap bukan bahasa orang sungai limau. mu tak gi... ede ke lagi...

Mereka yang taksub dengan anwar tu memang tahap karat,,,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive