Kangkung pada tahun ini lebih popular berbanding sayur-sayur seperti sawi, bayam dan kobis. Berdasarkan carian di Yahoo, Google mahupun Bing, pastilah sayur jenis ini dikaitkan dengan resepi, manfaat, dan lain-lain. Jarang sekali kangkung mendapat perhatian meluas kecuali setelah diangkat martabatnya oleh Perdana Menteri Najib dalam ucapannya baru-baru ini. Kangkung kelihatannya telah menempati status yang tinggi setelah prestasinya merudum gara-gara budak meninggal kerana batang kangkung yang dimakan mengandungi lintah yang kemudiannya membiak dalam perut kanak-kanak itu.
Sayur yang mengandungi banyak vitamin A, B, C dan K ini sedap jika dimasak tumis. Manfaat kangkung antaranya mengurangi haid, keputihan di faraj, mual bagi ibu hamil dan melancarkan air mani. Sudah tentu ini tiada kaitan dengan prestasi kehidupan seks (rujuk sinihttp://beta.malaysiakini.com/news/245025 Pengambilan gula berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang)! Mujur juga naik turun barang tidak dikaitkan sekali lagi dengan ketetapan Allah (sebagai Melayu Islam dan bukan penduduk Pulau Pinang, saya dibenarkan menyebut kata ini.).
Kangkung bukan sahaja menjadi subjek pada era moden tetapi juga subjek dalam Hikayat Hang Tuah, bilamana dengan kebijaksanaan yang ada pada Hang Tuah, dia melihat Maharaja China, yang tiada sesiapapun dibenarkan melihat wajahnya. Ketika rombongan Hang Tuah ke China hendak dijamu makan, Hang Tuah telah menyatakan bahawa orang Keling makan sayur, daun kayu dan buah kayu yang tidak dikerat dan dibiarkan panjang-panjang. Ketika makan, Hang Tuah telah mendongakkan kepala. Pada masa itulah beliau dapat melihat Maharaja China yang duduk dalam mulut naga emas bersisik. Jelas, kebijaksanaannya telah menyelamatkan dirinya daripada dipenggal, dengan subjek yang sama bagaimanapun ia menunjukkan kecetekan pemimpin negara kita pada masa ini.
Datuk Seri Najib dilaporkan mengatakan tentang penurunan sesetengah barang, kangkung yang sebelum ini naik kini turun, “Dalam suratkhabar, saya baca, ada yang dah turun,. Kangkung dulu naik sekarang dah turun.” (rujuk paparan video di sini http://www.youtube.com/watch?v=E7EOmv1GkM0) Sambil menyifatkan ramai yang tidak memuji kerajaan dan bila harga naik, mereka menyalahkan kerajaan. Ini menurutnya tidak adil.
Tidak sedikit yang menjadikan topik ini untuk datang dengan gambar di baju kemeja, instagram, whatsapp dan sebagainya sebagai bahan jenaka. Bukan sahaja berita ini menjadi buah mulut di media alternatif tetapi juga BBC News.
Kejadian ini bukan sesuatu yang membanggakan apabila Perdana Menteri Malaysia yang dijuluki dengan gelaran Bapa Transformasi, hanya mampu mengubah kedudukan kangkung tetapi tidak status rakyatnya yang dihimpit kenaikan barang dan kurangnya kuasa beli. Kenaikan tarif elektrik, minyak petrol, gula, makanan, tambang bas – semua ini menaikkan kos hidup. Pengangkutan, perumahan, pendidikan adalah bidang kuasa kerajaan pusat.
Ini menunjukkan kegagalan pentadbiran Perdana Menteri bukan sahaja dalam mendapatkan legitimasi rakyat tetapi juga menguruskan kewangan dan perbelanjaan negara – sangat bertentangan dengan bapanya, Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan yang berupaya meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar dan membangunkan ekonomi negara melalui Rancangan Buku Hijau (20 Disember 1974).
Kangkung dan Rancangan Buku Hijau walaupun kedua-duanya menyentuh sektor pertanian tetapi mempunyai kesan berbeza ke atas rakyat Malaysia – di bandar, pinggir bandar dan kampung – sama ada mereka menggemari nasi goreng kampong, kangkung goreng belacan atau yong tau fu. Sikap bena tak bena menyebabkan pernyataan kurang bijak seperti “Tiada aduan bukti rakyat malaysia sokong kenaikan harga”, “jangan makan ayam sekiranya harga ayam mahal”, “pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi”, “Harga barang adalah ketetapan Allah”.
Ini bukanlah kenaikan harga 20 sen atau 50 sen, air teh ais kurang gula atau kopi O, tetapi kesan domino yang dihadapi oleh pengguna terutamanya mereka yang bergantung pada bahan asasi seperti gula, sayuran, minyak petrol.
Yang dikhuatiri dalam gelak tawa dan sorak sorai kita tentang ucapan kangkung (baca: kata adj), kita terlupa akan penting dan gentingnya perbelanjaan negara diurus dengan baik agar kesannya tidak ditanggung rakyat yang menghabiskan hidup menyelesaikan hutang negara.
Dan dalam keriuhan “kangkung” ini, semoga lagu Lenggang Kangkung yang menjadi hiburan ketika kanak-kanak tidak pula menjadi punca konflik tuntutan warisan budaya Malaysia Indonesia yang banyak berkongsi sejarah dan budaya dalam satu tamadun yang besar. Perkelahian yang sia-sia tidak diperlukan terutama dalam negara yang kononnya aman didiami pelbagai etnik. Justeru, marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana Malaysia masih aman. – Roketkini.com

No comments:
Post a Comment