KAJANG 29 Jan - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Azmin Ali segera mengambil tindakan memujuk parti PAS Selangor setelah menyedari parti Islam tersebut tidak senang hati dengan tindakan PKR yang membelakangkan sekutunya susulan isu peletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh.
Timbalan Presiden PKR itu berkata beliau telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad bagi meminta bantuan jentera PAS dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) DUN Kajang.
“Saya hubungi Iskandar Samad pada pagi tadi, berbincang panjang dan esok saya akan bertemu sekali dengan Iskandar dan pimpinan PAS Selangor.
"PAS dengan pertemuan dengan Datuk Mustaffa Ali dua hari lalu turut memberikan komitmen,” katanya ketika berucap semasa sesi taklimat bersama jentera PKR di sini, hari ini.
Tambah Azmin lagi, sokongan itu bagi memastikan kelancaran kempen dan jentera pilihan raya bagi mengekalkan kerusi PKR di kawasan terbabit.
Katanya, PKR akan berbincang secara serius untuk mendapatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang akan diterjemahkan dalam tenaga dan gerak kerja di dalam PRK kali ini.
Semalam, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hasaan Tantawi meluahkan rasa tidak puas hati beliau mengenai perletakkan jawatan penyandang ADUN Kajang Lee Chin Cheh dilaman sosial Facebook dan Twitternya.
Nasruddin Hasaan berkata, pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan.
"Tiba-tiba sahaja ada pilihanraya kecil, tidak ada kematian dan tidak ada keuzuran. Sesuka hati meletak jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain. Macam main- main sahaja!
"Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah," katanya
Nasruddin Hasaan turut berkata, malang bagi ADUN Kajang yang mengabaikan amanah dan mempersiakan penuh pengorbanan dan kepercayaan.
"Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar. Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda," katanya

No comments:
Post a Comment